skip to main | skip to sidebar

SEINDAH IMPIAN

Powered by Blogger.
RSS

“It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”

  • About Me

    My photo
    rahaini_rai82
    Kesihatan bermula dari dalam diri anda. Mari jaga kesihatan diri dan menjana pendapatan4,5 hingga 6 angka bersama produk-produk terbaik Shaklee.
    View my complete profile

    Followers

    Archives

    • ► 2013 (6)
      • ► November (1)
      • ► September (2)
      • ► May (1)
      • ► January (2)
    • ► 2012 (1)
      • ► March (1)
    • ▼ 2011 (26)
      • ▼ October (5)
        • DESTINASI KAMI PART 4 -Tanjung Penyabong & Pulau L...
        • Kelebihan atau Keturunan?
        • Usah Prejudis Terhadap Wanita
        • Sukan, Riadah dan Aktiviti Santai Dalam Kehidupan
        • Bangkitlah Para Muslimah Semua
      • ► September (3)
        • Terima Kasih Teman Utk segalanya
        • Esok Masih Ada
        • DESTINASI KAMI PART 3 - Pulau Sibu
      • ► August (10)
        • Doa Pengubah Takdir
        • Doa itu senjata
        • Teman bicara
        • Indahnya bersama teman-teman
        • Gunting Dalam Lipatan
        • Apa makna bahagia?
        • Team Kemahiran Insaniah
      • ► June (8)

DESTINASI KAMI PART 4 -Tanjung Penyabong & Pulau Lanun & Pengalaman Ngeri

7:19 pm |

Tanjung Penyabong dan Pulau Lanun Endau Mersing merupakan destinasi kami kali ini. Aktiviti ini telah disertai oleh pelajar-pelajar dari Persatuan Persis seramai 14 orang dengan diiringi oleh 4 orang penasihat kelab iaitu aku sendiri, Suhana, Sri Arjuna dan Aisyah Maulan.

Ketibaan kami di Pulau Penyabung disambut dengan cuaca dan suasana alam yang agak suram ketika itu. Hujan lebat, guruh dan petir ketika itu telah membataskan pergerakan program kami. Kami perlu menunggu hujan beransur reda untuk meneruskan hasrat kami menjelajah ke Pulau Lanun. Kira-kira jam 3.30 petang, cuaca bertambah baik. Hujan mula berhenti. Kami mula bergerak ke Pulau Lanun dengan meredah anak tanjung. Di pertengahan jalan, hujan mula turun semula. Kami tetap meneruskan perjalanan. Pemandangan persekitaran di kawasan Tanjung Penyabong sangat indah ketika itu. Bukit dan pulau di sekitar kawasan tersebut diselaputi oleh kabus tebal.

Kami perlu mendaki dan melepasi bukit ini terlebih dahulu kerana Pulau Lanun terletak betul-betul dibelakang bukit ini. Sebelum itu, kami perlu meredah anak tanjung dengan kedalaman kira-kira paras pinggang orang dewasa (ketika air surut).

Sesudah melepasi anak tanjung, kami harus mendaki bukit atau dengan kata lain perlu ‘jungle tracking’ didalam kawasan semak belukar.

Inilah persekitaran dan keindahan Pulau Lanun yang sempat kami rakamkan. Sesudah puas menikmati keindahan dan kesejukan air di Pulau Lanun, kami bergegas pulang semula le Sari Mawar Chalet kerana ditakuti air laut mula pasang.

Kerana terlalu leka dan kagum dengan keindahan Pulau Lanun ini, aku dan Suhana sibuk mengabadikan memori dan pandangan indah ini dengan mengambil gambar sepuas-puasnya sehingga terpisah jauh dengan pelajar-pelajar dan rakan-rakan yang lain. Kelekaan kami ini rupa-rupanya membawa padah kepada kami berdua. Ketika leka mengabadikan kenangan indah dalam lensa kamera, air mula pasang dengan derasnya. Aku dan Suhana langsung tidak menyedari rakan-rakan dan pelajar kami sedang bertarung dengan arus deras yang menghayutkan mereka ke laut dalam. Masing-masing bertaut tangan agar tiada sesiapa di antara mereka terpisah yang mungkin boleh membawa mereka lebih jauh ke kawasan yang lebih dalam.

Aku hanya sedar situasi tegang sedang berlaku di hadapan aku apabila mendengar jeritan salah seorang pelajar yang meminta kami berdua bergegas meninggalkan kawasan tersebut. Tanpa membuang masa, kami mula mencecahkan kaki ke anak tanjung yang menghubungkan antara dua buah pulau. Debaran dan degupan jantung bertambah kencang apabila kami berdua terperangkap dengan arus deras di tengah-tengah anak tanjung. Air pasang terlalu cepat dan semakin dalam.

Asakan arus deras ini cuba menghanyutkan kami berdua. Segelintir pelajar-pelajar lelaki mula menjerit dan meminta agar kami berpatah semula kebelakang ke tempat di mana kami bermula berdua bermula. Kami cuba mengagahkan diri untuk melawan arus deras untuk berpatah semula ke daratan yang menghubungkan anak tanjung ini. Tetapi usaha ini gagal kerana kami berdua terperangkap di tengah-tengah pusaran arus deras.

Keadaan bertukar cemas apabila air laut semakin dalam sehingga mencecah paras dagu. Kaki dijinjitkan untuk terus kukuh bertahan ditengah-tengah lautan. Aku mula merasakan pernafasan mula sempit apabila berada dalam keadaan cemas dan tegang ketika itu. Kaki mula sejuk dan kejang. Bagaimanapun kami harus bertahan ketika itu demi mempertahankan nyawa. Untuk berpatah balik ke anak tanjung yang belum dinaiki air, kami sudah pun berada di separuh jalan. Untuk terus mara ke depan, lautan tempat di mana kami berada sudah agak dalam. Buntu dengan situasi tegang dan cemas, kami hanya berdiam kaku di tengah-tengah lautan sambil menanti kehadiran pelajar-pelajar lelaki menyelamatkan kami.

Apa yang ada dalam pemikiran kami ketika itu hanyalah bayang-bayang kematian. Terlintas di fikiran 'mungkin inilah percutian dan program kami yang terakhir' andainya kami gagal melepasi pusaran air yang semakin deras. Situasi tegang dan mencemaskan ketika itu tak ubah seperti "nyawa di hujung tanduk".

Melihatkan kami berdua sudah berada di situasi yang mencemaskan, 4 orang pelajar lelaki yang berada di seberang anak tanjung segera berenang untuk menyelamatkan kami. Kehadiran 4 orang pelajar ini mampu membuat kami menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya peluang untuk kami selamat masih ada berbanding cuma kami berdua sahaja ketika itu. Aku memegang erat sebelah tangan suhana sambil sebelah tangan lagi memaut lengan pelajar. Syukur kami masih di berikan kesempatan untuk melepasi anak tanjung seterusnya masih lagi berpeluang hidup di bumi Allah ini.

Ini merupakan pengalaman ngeri yang tak akan kami lupakan sampai mati. Sungguh benar pengalaman itu memang tak boleh dibeli di mana-mana. Pengalaman itu hanya akan kita perolehi dan rasai apabila kita melaluinya sendiri.

Oke cukuplah dengan pengalaman ngeri tadi..Sekarang kita tengok antara aktiviti yang dijalankan sepanjang dua hari yang sempat dirakamkan:

Aktiviti senaman pagi

Aktiviti menyediakan sarapan sandwich paling kreatif

Aktiviti bola bowling pantai

Aktiviti BBQ

Semoga segala pengalaman ini boleh dijadikan iktibar sepanjang hidup.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments(0)
Posted by rahaini_rai82
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kelebihan atau Keturunan?

8:33 pm |

“Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah".

Syukur Alhamdulillah aku masih diberikan kesempatan dan kesihatan yang baik. Kesempatan masa dan kesihatan yang baik ini dapatlah aku gunakan dengan sebaiknya untuk update status blog yang sering aku abaikan lantaran kesibukan dan kekangan masa.

Berbalik kepada tajuk entry aku hari ni, "Kelebihan atau Keturunan". Aku sering tertanya-tanya pada diri aku sendiri. Apa yang aku miliki sekarang sebenarnya merupakan satu kelebihan yang telah dianugerahkan oleh Allah yang sememangnya patut aku Syukuri atau pun hadirnya kelebihan ini lantaran kerana mewarisi kebolehan yang ada dalam keturunan?

Mak aku kata, dalam keluarga kita, "Tangan kau sorang je yang power. Tangan orang lain tak macam tangan kau. Tangan kau ada apa yang orang lain tak ada. Dalam adik beradik kau, kau sorang je yang berkebolehan."

Ha mesti cuak kan. Apa yang tangan aku ada, apa yang power nyer, apa yang lain nyer. aku tengok, tangan aku sama je dengan tangan adik-beradik aku yang lain, semuanya lebar-lebar macam "bapak gajah'.hahah.

Well, sebenarnya aku pun dah lama perasan pasal tangan aku ni. Memang dalam keluarga, aku sorang jek yang berkebolehan dalam 'mengurut' orang. Maksud aku urut untuk tujuan kesihatan. Entah sejak bila ianya bermula aku pun tak tau. Apa yang aku ingat, masa tu mak aku sakit dan tak boleh bangun dalam masa seminggu. Melepek je atas katil. Maklumlah dah meningkat usia, mula lah sakit-sakit, sengal badan, dan macam-macam lah penyakit orang tua mula menyerang.

Tergerak pulak hati aku nak urutkan mak. Aku rasa, aku cuma baca Ayat Kursi dan Al-Fatihah je. Alhamdulillah dengan berkat Izin Allah, mak aku yang dah seminggu tak boleh bangun, mula menunjukkan tanda-tanda positif sembuh. Sejak tu mak selalu la jugak mintak aku urutkan dia. Dan bermula sejak hari tu jugak, mula lah abang-abang, kakak, kak ipar aku pun tumpang sekaki sama. Mintak urutkan kakilah, urutkan badan belakanglah, urat dah bersimpullah dan macam-macamlah. Yang peliknya bila aku urut, baik pulak tu. Aku rasa, aku patut bersyukur kan atas kelebihan yang ada ni. Mewarisi kelebihan keturunan aku rasa bagus asalkan tidak mewarisi "SAKA" keturunan sudahlah.

Bercerita tentang saka, pastinya diminda kita semua terbayangkan wajah-wajah hodoh yang menggerunkan. Saka merupakan belaan yang diwariskan secara turun-temurun sama ada dengan kehendak waris atau tidak. Aku pun tak tau apa jadahnya bela-membela saka ni.

Bercerita tentang wajah-wajah hodoh yang menggerunkan, pastinya apabila kita terpandang atau tertengok walau sekali imbas sekali pun, pastinya kita akan merasakan wujudnya perasaan takut, seram dan gerun dengan kemunculan mahluk halus sebegini. Boleh jadi kita akan pengsan, menggeletar kaki, terkunci mulut dan peti suara macam dah tak mampu berfungsi lagi.

Dan ini satu lagi kelebihan yang aku nak cerita kat entry ni. Tapi aku rasa ni lah kelebihan yang tak berapa aku suka. Entah kenapa aku sejak kecil sehingga kini kadang-kala dinampakkan dengan kemunculan benda sebegini. Memang sangat tak best bila kita dengan "terpaksanya" nampak kemunculan mahluk-mahluk aneh seumpama ini. Herm, biarpun aku tak suka dengan semua ni, tapi aku tetap rasa ni semua adalah kelebihan yang Allah nak berikan pada aku.Hahaha korang semua ada?..Apa pun, aku rasa aku memang patut Syukuri semua kelebihan mahupun kekurangan yang ada. Seram pun seramlah..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments(0)
Posted by rahaini_rai82
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Usah Prejudis Terhadap Wanita

10:47 am |

Pepatah Melayu ada mengatakan "Wanita apabila disunting dari tangkainya, maka layulah dia buat selamanya.' Dari sudut pandangan aku sendiri, pepatah ini sangat prejudis terhadap kaum wanita. Sejak zaman jahiliah lagi wanita telah dianggap sebagai pembawa 'sial' kepada keluarga yang memiliki anak perempuan. Ketakutan mempunyai anak perempuan tak ubah seperti datangnya bencana yang amat besar dalam kehidupan keluarga tersebut.

Kehidupan anak perempuan akan dicemuh, difitnah malah dibenci sejak kelahirannya di hari pertama lagi. Mereka tidak diberi peluang dan kesempatan untuk hidup didunia ini. Pada zaman jahiliah, anak perempuan akan ditanam hidup-hidup dengan harapan supaya tidak membawa malu yang besar kepada keluarga apabila anak ini membesar nanti.

Darjat wanita pada zaman tersebut tak ubah seperti di bawah "telapak" kaki lelaki. Mereka dengan 'gah' nya menentukan hidup mati dan masa depan seorang bernama wanita. Manusia bernama lelaki yang hidup pada zaman ini terlupa bahawa merekalah punca kerosakan kepada kaum wanita. Wanita tak ubah seperti baju yang boleh ditukar ganti. Juga tak ubah seperti barang dagangan yang boleh bertukar tangan silih berganti.

Apabila Baginda Rasulullah memerintah, darjat wanita telah diangkat tinggi dan dimuliakan. Apabila datang seorang hamba Allah yang bertanyakan kepada Rasulullah, siapakah yang patut dia dahulukan di dunia ini, Rasulullah dengan yakin dan tegasnya menjawab tiga kali berturut-turut. Apa yang Rasulullah sebutkan aku rasa semua orang pun tahu. Dialah wanita bergelar IBU.

Biarpun zaman jahiliah telah berabad berlalu, pandangan prejudis terhadap kaum wanita masih berbaki sehingga kini. Pandangan masyarakat selalu mengatakan bahawa wanita itu dilahirkan sebagai kaum yang lemah, kaum yang suka menangis apabila ditimpa dengan pelbagai masalah, kaum yang tidak boleh tidak mengharapkan hadirnya lelaki sebagi peneman hidup. Apabila seorang wanita itu telah lanjut usianya, tetapi masih belum lagi mempunyai pasangan hidup, sekali lagi tohmahan ini dijatuhkan ke atas bahu wanita. Apa kata masyarakat tentang wanita ini:
1) Terlalu memilih
2) Tak pandai bergaul
3) Tu la sapa suruh pasang banyak sangat
4) Materialistik sangat sampai orang takut nak dekat
5) Mintak hantaran tinggi. Sapa nak?
6) Huii keje lebih tinggi dari lelaki. Takut la nak dekat
7) Queen control, patutla tak berlaki
8) Anak dara tua. da expired (ni la pandangan paling bangang yang pernah aku dengar)

Tapi masyarakat tak pernah faham isi hati wanita yang mengalami situasi sebegini. Apa pula kata wanita:
1) Bukan kami terlalu memilih. Sebaliknya kamilah yang tidak dipilih (sedih tul ayat ni)
2) Bukan kami tak pandai bergaul. Sebaliknya kami membataskan pergaulan kami agar tidak melampau batas sehingga boleh merosakkan diri kami.
3) Kami bukan kaum yang suka menduakan. Jadi tolonglah jangan hukum kami dengan tanggapan sebegini
4) Kami tak pernah memandang harta dan kebendaan. Kami hanya inginkan sedikit kebahagiaan. Jadi janganlah cop mohor kami sampai sebegini.
5) Hantaran kami bukankah sekadar kemampuan kamu sebagai lelaki
6) Jawatan kami lebih tinggi bukan bermakna kami tak tahu menghormati dan memuliakan kamu sebagai suami
7) Queen control tak pernah wujud dalam diari hidup kami. Sebaliknya kamulah lelaki yang gagal mendidik kami
8) Anak dara tua? Janganlah hukum kami dengan kejian sebegini. kami juga manusia yang ada hati dan naluri.

Renungilah kata-kata dibawah. Hargailah manusia yang bernama wanita. Kerana mereka tercipta dengan penuh keunikan:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita manusia kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana
AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments(1)
Posted by rahaini_rai82
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sukan, Riadah dan Aktiviti Santai Dalam Kehidupan

8:44 pm |

Kehidupan yang berkualiti boleh di definisikan dengan pelbagai cara dan kaedah. Antaranya dengan memiliki kebahagiaan, kesenangan hati dan tidak kurang pentingnya elemen kesihatan. Badan yang sihat, cergas dan aktif melahirkan kehidupan yang sempurna. Elemen-elemen ini sebenarnya memberi gambaran sejauh mana kita menghargai dan merasa nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita.

Tidak dapat tidak, untuk mendapatkan kesihatan yang baik, antara faktor yang perlu diambil perhatian ialah bersukan. Dari kaca mata aku, definisi sukan sebenarnya sangat meluas, dalam entry ini, aku hanya ingin memfokuskan kepada senaman, riadah, sukan dan aktiviti santai yang boleh memberi manfaat kepada diri kita.

Aktiviti Sukan dan Senaman:

Bersukan sebenarnya memberikan kita banyak faedah dan manfaat. Sukan merupakan salah satu cara untuk kita mengekalkan kecergasan diri. Selain itu, bersukan juga membolehkan kita menambahkan kemahiran, tambahan pula jenis sukan yang berbeza mempunyai disiplin yang berbeza. Ini merupakan peluang untuk extra skill dan membolehkan kita dilihat sebagai individu yang versatile.



Ok ini lah tempat yang selalu team kami kunjungi hampir setiap hari apabila tamat sahaja waktu bekerja. Selalunya kami mengambil masa antara 1 hingga 2 jam di dalam gym ini. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini.

Bersukan sering dikaitkan dengan meningkatkan kesihatan dan kecergasan. Pepatah Arab ada menyatakan "akal yang sihat datang daripada badan yang sihat". Badan yang sihat adalah pemangkin kepada akal yang cerdas. Apabila akal yang cerdas dilengkapi dengan rohaniah yang utuh, ia menghasilkan manusia yang berketerampilan, bersemangat dan bersedia menghadapi cabaran.

Ini pulak adalah aktiviti bermain bola jaring. Aktiviti ini memerlukan ketangkasan yang tinggi dalam mengejar dan mengawal pergerakan bola dengan baik. Walaupun aku tak lah pandai sangat bermain sukan ini, tapi taram ajelah. Yang penting, semangat kesukanan yang tinggi dan semangat berpasukan perlu ada dalam diri setiap pemain.

Ini adalah aktiviti kami semasa bermain sukan bowling. Aktiviti ini dapat menghilangkan tekanan atau "stress" selepas bekerja. Bagi aku, aktiviti ini memerlukan tahap fokus dan daya tumpuan yang tinggi. Lebih seronok lagi jika aktiviti ini dilakukan ketika kita sedang mengalami tahap tekanan yang tinggi. Apa taknya, jika kita marahkan seseorang atau dengan kata lain tengah "bengang" dengan seseorang, kita bayangkan pin ball itu adalah orang yang kita benci atau tidak suka. Jadi dengan sepenuh tenaga kita akan melontarkan bola bowling untuk jatuhkan kesemua pin ball. Kepuasan akan kita rasai bila kita dapat "Strike".

Haa..ini adalah aktiviti snorkeling yang baru sahaja kami semua lakukan bersama-sama. Ini merupakan kali pertama aku ber "snorkeling". Walaupun memang dah terang lagi bersuluh yang aku ni memang tak pandai berenang, tapi aku cuba jugalah memandangkan aku da ter joint aktiviti ni. Pada mulanya aku rasa sangat takut sebab aku ni mudah gelabah bila terjun dalam air. Tak kiralah air laut ke, air kat kolam taman tema ke ataupun air terjun. Biasanya aku ni mudah lemas bila kepala tenggelam dalam air. Tapi alhamdulillah, dengan aktiviti ni, buat kali pertamanya aku berani belajar berenang dengan dorongan dan semangat rakan-rakan yang lain.

Aktiviti Riadah dan Santai:

Ini pulak aktiviti riadah semasa di tanjung leman. Aktiviti seperti ini memang best sangat dilakukan dengan 'team-jalan-jalan" kami. Ianya merupakan aktiviti santai untuk hilang kebosanan waktu cuti dihujung minggu.

Dan ini pulak adalah aktiviti santai kami di Melaka. Aktiviti "jalan-jalan jelajah negeri orang" seperti ini biasanya kami plan diwaktu cuti semester. Biasanya aktiviti seperti ini hanya dapat dilakukan ketika waktu senggang dan tiada apa yang perlu difikirkan lagi bila semua tugas telah sempurna disiapkan.

Sebenarnya masih banyak lagi aktiviti "kami" yang ingin aku kongsikan bersama. Tetapi seperti biasalah kekangan masa tak memungkinkan aku untuk bercerita terlalu panjang tentang aktiviti yang aku jalani bersama "team" kami.

Jadi, kesimpulannya, sukan dan riadah boleh merangsang perembesan hormon riang "serotonin" yang boleh menjadikan individu berasa gembira dan positif. Selain itu, sukan dan aktiviti riadah yang dijalankan secara berkumpulan juga sebenarnya boleh merapatkan hubungan kekitaan, persahabatan dan meningkatkan nilai kepercayaan sesama rakan.

Tapi bagi aku, perkara yang paling penting sebenarnya adalah pengalaman yang dikutip dari setiap aktiviti yang dijalankan. Pengalaman ini semua sebenarnya akan mengajar kita erti kehidupan. Kehidupan kita sebenarnya sangat berharga. Oleh itu, kita harus mewarnakan kehidupan kita dengan warna-warni yang indah. Seindah pelangi.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments(0)
Posted by rahaini_rai82
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Bangkitlah Para Muslimah Semua

12:17 pm |

..... (¯`v´¯)♥
KETIKA HATI MUSLIMAH ITU TERLUKA
....¸.•´
...(-
☻/
.../
▌
/ \
❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤
Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menghapus air matanya dengan imannya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesedarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku2 hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH
Tabahkanlah HATIMU duhai disaat dirimu TERLUKA.. Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERAH TERINDAH dariNYA kerana DIA ingin sentiasa dekat denganmu.


Entah puisi entah sajak yang telah aku ciplak entah dari mana..Sebenarnya aku nak bercerita tentang hati wanita..bercerita tentang wanita, mengingati tentang wanita sebenarnya sangat complicated. Hasil pemantauan aku sejak beberapa bulan kebelakangan ini, aku dapati banyak wanita yang mengalami sindrom "stress" bila mengalami kegagalan baik dalam kehidupan, rumahtangga dan juga percintaan. Mereka yang mengalami situasi ini biasanya hidup dalam kegelisahan, kemurungan, sakit hati, resah tak menentu dan paling tak best sekali membawa bersama dendam amarah dalam hatinya.

Faktor-faktor kepada semua situasi di atas adalah refleks atau tindak balas yang terjadi akibat dari lintasi hati dan daya pemikiran yang tak selari dengan tindakan. Apabila seorang wanita itu menghadapi "kekalahan" dalam hidupnya, "daya pemikiran mengatakan tak per la mungkin ini yang terbaik buat aku. Memang sudah ditakdirkan begitu atau begini". Lintasi pemikiran mengatakan aku mampu teruskan perjalanan hidup walau tanpa kau disisi". Kata-kata itu mungkin tercetus dari rasa sakit hati. Terlontar lantaran ingin membuktikan "biarpun tanpa dia, aku masih mampu berdiri sendiri." Biarpun dah berbakul-bakul kata-kata semangat atau motivasi dititipkan buat diri sendiri, tapi mengapa masih lagi rasa terbeban dalam hati. Masih lagi tak mampu menghadapi ujian sebegini.

Siapa yang tak pernah rasa sakit hati, tak pernah rasa dikhianati, tak pernah rasa diambil peduli, tak pernah rasa dihargai bila ditinggalkan saat diri sendiri tak tahu apa kesilapan yang telah dia lakukan. Bagaimana mungkin mampu dia sebagai wanita memaafkan seseorang yang telah memberikan warna-warna kelam dalam kehidupannya tanpa mampu dia mempertahankan hak dan kebenarannya. Bagaimana seorang wanita itu mampu melupakan kesakitan yang ditinggalkan terhadap dirinya bila dia tidak pernah diberikan sebarang kesempatan untuk mengetahui hakikat sebenar terhadap dirinya. Semua faktor ini sebenarnya mampu melemahkan batiniah seorang wanita.

Bagaimana mahu memberi harapan semula kepada wanita yang mungkin merasakan hidupnya telah musnah? Pokok pangkalnya datang dari hati. Bila menghadapi ujian segetir ini, wanita haruslah tabah dan yakin diri bahawa apa yang dilalui itu merupakan ujian dari Allah. Acap kali aku mendengar orang mengatakan bahawa ujian didatangkan bersama dengan kemampuan kita untuk melaluinya. Tapi berapa ramai wanita yang faham akan maksud dan kata-kata tersebut. Berapa ramai pula yang mahu menerima takdir getir ini dalam hidupnya? Tak ramai bukan.

Nasihat kepada semua wanita diluar sana, tanpa meminggirkan nasihat kepada diri sendiri,

"Biarlah didunia menerima sedikit kedukaan, tetapi yakinlah di atas kesabaran ini Allah akan mengurniakan seribu kegembiraan. Di sinilah perlunya wanita berfikiran secara waras dalam melaksanakan tindak tanduk mereka apabila berhadapan dengan masalah. Pesanan aku buat akhirnya, terimalah takdir hidup ini dengan redha. Yakinlah bahawa dengan sedikit kesedihan ini Allah ingin mengurniakan lebih banyak kebaikkan. Mungkin kita semua tidak nampak dengan mata, tetapi mata hati mampu membuka tabir ini sekiranya hati terus disuburkan dengan iman.

Putus cinta atau perceraian bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!

Jadilah diri kita sendiri, sayangi diri itu dengan membina satu keyakinan bahawa Allah Maha Adil, dengan mengurniakan bakat dan kemampuan untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berbekalkan segala kelebihan yang kita miliki. Jangan rosakkan seluruh kehidupan hanya merasa tidak dihargai oleh kekasih atau suami. Hidup terlalu singkat dan sangat berharga untuk ‘dikorbankan’ hanya oleh prasangka dan curiga. Malah jika benar sekalipun kita dipinggirkan oleh mereka, ingatlah mereka bukan segala-galanya.




Ya ALLAH..jika dia ditakdirkn menjadi milikku..dan jika dia pergi dariku..
izinkan aku mampu menahan diriku..

saat diri pilu..jiwa terpukul dan terluka..ku yakin itu adalah ujian dr_MU..redhakanlah Ya ALLAH jiwa nie atas segala keputusan_MU.. dan ajarkan aku tentang kelapangan dada..

Ya ALLAH..jika dia ditakdirkn menjadi milikku..dan jika dia pergi dariku..
izinkan aku mampu menahan diriku..

saat diri pilu..jiwa terpukul dan terluka..ku yakin itu adalah ujian dr_MU..redhakanlah Ya ALLAH jiwa nie atas segala keputusan_MU..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments(0)
Posted by rahaini_rai82
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Terima Kasih Teman Utk segalanya

8:58 pm |

Walau kelam sudah,
Walau telah jatuh,
Walau tersesat jauh,
Namun ku punya hati
yang mahu mengerti,
Ya, mahu mengerti..
Kerana aku masih insani,
Aku mahu mendengari,
Kerana itulah aku mencari....
sesungguhnya adalah kerana hati.

Ketika ini,
Aku ingin berkata,
Maafkanku wahai Hati,
Aku telah mengingkari,
Aku telah memungkiri,
Aku telah menodai.

YA RABB..
Selamatkanlah hatiku
Simbahinya dengan cahayaMU,
Kurniakanlah setitik kasihMU,
Agar hilang dahaganya,
Agar ia sedar akan kesesalanku

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau turunkan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments(0)
Posted by rahaini_rai82
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Esok Masih Ada

8:50 pm |


Menanti esok fajar menyinsing..
Fajar esok,pasti tiba untuk kita,
membawa bersama penawar segala kerinduan,
untuk menyingkir segala kesunyian

Kesunyian..
Suatu anugerah pada sekeping hati yang kesepian.
Kesunyian..
Suatu ketabahan pada jiwa yang kelukaan
Kesunyian..
Suatu penyiksaan pada penantian kasih abadi.

Kiranya ada tercalar dihati,
kiranya ada tercalar di kata,
buat kenangan akhirnya,
sambutlah kasihku yang tulus, kerana aku amat menyintaimu.

Pada saat pengakhiran ini, terasa diri ini begitu terasing,
terasa diri ini terlalu sunyi,
ketika itu,
suaramu aku terdengar, membisikkan sayang
menyatakan cinta.

Aku pasrah dalam kesunyian mencari kasih abadi..
Kiranya kau hadir menyingkap kesunyian ini menjadi kasih,
akan kuberikan seluruh hidupku hanya padamu.

Dalam usia keremajaanku pernah kurasai kepahitan pada suatu kehilangan kasih dan cinta..
sehingga hatiku menemui kasih mu, cintaku kembali berbunga.

Kau mengubati kepahitanku musim lalu
kuhiburkan kesunyian musim lampau. Betapa diri mu amat berharga sebagai teman meranjau
oanak duri kehidupan ini

Bayangan semalam menghantui jiwakulagi,
Peristiwa sedekad lalu memburu harapanku.Walau terbentang lautan api aku tetap mengahrunginya
untuk hidup bersamamu.

Kasih moga dianugerahkan pada kita suatu harapan yang pasti. Seketika itu..limpahkan kasihmu
padaku,curahkan sayangmu dijiwaku.

kasih,kupohon padamu..
Kuharap daripadamu..
Lontarkan aku..
Secebis harapan,
sekelumit kasih..
untuk kuubati kelukaan lalu

Kasih,sudikah kiranya kau hamparkan padaku saujana harapan untuk mengecapi setitis kebahagian,
walau..sepi tanpa berkasih.

TErpahat ingatan, berputaran beredar,perjalanan kehidupan,dicorak mencorakkan, kenangan teridah
pengalaman bersamamu,terbayang diingatan.

Pada kedewasann yang meniti,kulukiskanimpian,kuukirkan haluan,ketika itu terasa diriku
kekosongan dalam pencarian hingga ku temui daripadamu erti kasih.

Kasih, ku abadikan kenangan, sejuta harapan bersamamu,dan..Biarlah aku mencari dan mencari..
Harapan yang tak pasti.

Kasih, dalam penantianmu,dalam harapan yang kusemai,pasti ada ujian dan hikmah,kerana Tuhan
Maha Mengetahui,kasih jiwa seorang insan.

Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana disebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya.BErsyukur
atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan

Kucoretkan padamu kata penyambung bicara.Maluku bagaikan berlipat di dalam lembaran itu,Bagaimana
nanti tawamu yang tidak pasti,memberi harapan atau khayalan.

Maafkan ku sayang.Memang mudah mengucapkan,aku menyedari. Percayalah,jika kau membenci bicaraku
kini,pasti rinduku tak terubat selamanya.

Ingin sekali aku berbisik padamu kasih, mengintai hari hari menjelang bersama sebuah ketulusan
sebagai ingatan rinduku yang berpanjangan.

Hujan malam..seorang gadiss dibuai sepi. Didadanya ada luka. Dihatinya da sengsara.. di dihatiku
sebak menanggung rindu padamu yang jauh dimata

Aku megharapkan kasih kita bukan seperti dedaun itu yang kini gugur dan tersadai umpama
daun daun kering ditaman terasing.

Biarpun cuaca tak selalu cerah. Pelangi juga tak selalu indah. Namun bukanlah satu mimpi
andai mentari yang tenggelam, merah lagi diesok hari.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments(0)
Posted by rahaini_rai82
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

DESTINASI KAMI PART 3 - Pulau Sibu

8:37 pm |

Masih sempat bergambar sebelum balik ke Pulau sibu

Sebelum ber 'snorkeling


perjalanan menuju ke pulau kukus utk ber "snorkeling"

Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”

Haahah first entry yang rasanya takde kena mengena dengan apa yang aku nak coretkan. Tapi aku percaya, kata-kata di atas ni bagus untuk mereka yang ingin bangkit semula setelah mungkin pernah atau berkali-kali tersungkur dalam perjalanannya.

Well, berbalik semula kepada entry sebenar yang aku nak ceritakan. Kali ini aku nak bercerita tentang percutian yang baru sahaja “kami” ikuti. Dengan kata lain, sebenarnya ianya merupakan program Kelab Pencinta Alam yang telah dikelolakan dengan jayanya oleh Faizal dan Nana. Kali ini destinasi kami adalah di Pulau Sibu Mersing.

Serius sangat cantik pemandangan sekitar pulau sibu. Dengan lautnya yang sangat jernih dan cantik. Nampak biru-kehijauan. Sangat tak rugi la ikut trip percutian ni. Walaupun trip kali ni sebenarnya adalah program pelajar, tapi aku rasa trip ni dah macam trip percutian kami lima sekawan. Hahah. Mana tak nyer, pelajar buat program di tepi pantai, kami sibuk buat program ditenggah-tengah lautan.

Terima Kasih la kepada pakcik yang aku sendiri tak tau namanya siapa kerana bagi kami berlima peluang menaiki botnya secara percuma untuk menimba pengalaman memancing ikan dan mencandat sotong. Inilah kali pertama dalam sejarah hidup aku pergi memancing di tengah-tengah lautan. Sangat teruja rasanya. Walau hasilnya tak seberapa, tapi kira bertuah jugaklah aku sebab dapat 7 ekor ikan berbalas satu dari ustaz taufiq.

Hari kedua berada di sana kami ke Pulau Kukus untuk ber “snorkeling”. ini juga merupakan kali pertama aku mencuba aktiviti seumpama ni. Rasa takut bercampur gelabah jugak la bila dilepaskan ke laut untuk ber snorkeling. maklumlah aku tak pernah buat aktiviti ni. ditambah lagi bila aku memang tak pandai langsung berenang. Cuak beb.

Tapi kalau tak cuba mana tau boleh ke tak boleh buat kan? Bila da sampai, apa lagi terjun je la. Nasib baik la kami semua dibekalkan dengan baju keselamatan. Rasa “safe” sikit lar. Dalam masa yang sama aku belajar sekali berenang. Entah berapa kali tertelan air laut pon aku tak tau. Tapi memang sangat best aktiviti ni. Dalam takut nak cuba. dalam cuba sempat la jugak rasa lemas bila tak cukup udara. Bila da tak cukup udara, mula la gabra sampai menyebabkan aku tengelam timbul dalam laut tu. Bila nak tenggelam je, otak sampaikan isyarat, jangan cepat gelabah, tenang..tenang..Akhirnya aku mampu juga bersnorkeling..hahah.

Tapi ada part yang aku tak boleh lupa, sibuk ikut faizal dengan ustaz taufiq ke tempat yang agak dalam. Last-last hanyut sekejap ke tengah dan jauh sikit dari dia orang semua. Aku punyer la gabra masa tu. Dah macam-macam cara kuak lentang, kuak terbang, kayuh basikal semua aku buat sebab nak patah balik ke tepi pantai. Tapi masa tu seluruh tenaga dah tak ada rasanya. Penat rupanya berenang ni.Baru aku tahu.heheee..Last-last jerit mintak tolong kat orang.Nasib baik la ada Tavanesan..dia la yang tarik aku ketepi pantai..hahaha..Tapi apa nak kata? Aktiviti ni memang terbaik ar..Antara percutian yang terbaik pernah aku ikut..Harap-harap destinasi seterusnya juga akan memberikan nilai dan pengalaman manis yang susah nak dilupakan..Mana destinasi seterusnya? haahha Penang dan Sabah..so sambung bab destinasi seterusnya nanti..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments(0)
Posted by rahaini_rai82
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Doa Pengubah Takdir

9:35 pm |


kali pertama bumi diciptakan, bumi ini bergoyang dan bergoncang. Berputar dengan tidak stabil pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para Malaikat. Lalu Malaikat mengadap Allah SWT.

"Wahai Rab yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang? tanya para Malaikat. Kerana belum dipaku. jawab Allah ringkas. Lalu bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab? Tanya para Malaikat. Aku akan menciptakan gunung-ganang. Jawab Allah".

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Setelah diciptakan gunung-ganang, bumi pun diam berputar sesuai dipaksinya. Maka gunung dikenali sebagai paku bumi.

Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi, kemudian para Malaikat bertanya lagi.

"Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku?. Ada, jawab Allah. Iaitu api, dengan panasnya dapat meleburkan besi. Adakah yang lebih kuat lagi selain api ya Rab? Ada, yakni air yang dapat memadamkan api. Jawab Allah lagi".

"Jadi ya Rab, adakah yang lebih kuat lagi selain air? sambung Malaikat. Ada, iaitu angin, kerana angin bisa membawa air ke mana pun ia menghembus". Jawab Allah lagi.

"Tapi ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air dan angin)? Malaikat bertanya lagi.

"Ada, iaitu nafas hambaKu yang berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu." Demikian Allah SWT telah menjelaskan.

(Dipetik dari Hadis Kudsi)
~Diari sufi, Siti Munazakiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments(0)
Posted by rahaini_rai82
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Doa itu senjata

8:40 pm |

Tiga perkara yang telah tertulis dan sudah dijanjikan Allah SWT di lohmahfuz atas semua umat
manusia adalah rezeki, jodoh dan ajal. Perjanjian ini akan terlaksana tanpa sedetik pun lewat apabila tiba masanya. Hanya Doa yang mampu kita pinjam sebagai pena untuk mencoretkan pengakhiran janji Allah ini.

Tiadalah daya kita mempersoalkan apa yang diatur olehNya yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Kita didatangkan sebagai selemah-lemah kejadian dengan seberat-berat tanggungan.

Berdoalah. Kerana doa itu adalah senjata yang kita ada dalam menangani janji dan sumpah Allah SWT. Dia lebih tahu apa yang kita perlu daripada apa yang kita mahu.

Biar separah mana pun luka yang merobek hati kita, biar sedalam mana pun luka yang tertoreh, sentiasalah kekal dengan berdoa kerana Allah SWT Maha memahami hati hambanya. Doa satu keramat yang tidak mampu terjemah dek akal akan kuasanya. Tidak ada sesiapa mampu membajak bajanya, sedangkan hasilnya kita tuai saban waktu.

"Tidak ada daya upaya dan tidak ada tenaga kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar".

Teruskan lah berdoa, kerana doa itu mampu mengubah takdir Allah..Jangan berputus asa kiranya apa yang kita pinta itu belum diberikanNya. Bersabar dan redha atas apa jua yang ditakdirkan buat kita.

Renunglah sejenak, mungkin Allah punya terlalu ramai hamba untuk diuruskan. Dan kita adalah salah satu darinya. Permintaan dan doa kita belum kunjung makbulnya. Jika kita memohon sesuatu dan dikurniakan yang lain dari yang dipinta, percayalah, pasti Allah mengurniakan kita apa yang diminta pada masa yang paling tepat dan sesuai.

Apa yang kita minta tidak semestinya apa yang kita perlu. Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan hambanya. Teruskanlah berdoa tanpa ragu dan mengeluh. Duri hari ini mungkin bunga untuk hari esok. Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepadaNya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments(0)
Posted by rahaini_rai82
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Teman bicara

9:49 pm |


Inilah di antara empat orang teman dan rakan yang selalu bersama aku saat aku senang, susah, sedih dan gembira..Tak kira apapun situasi aku saat itu, mereka sentiasa ada saat aku perlukan.

Gambar ini diambil sewaktu kami bercuti bersama-sama di Melaka. Walau aku telah banyak kali bercerita tentang mereka, tapi aku masih lagi mahu bercerita tentang kami berlima.

Nilai persahabatan kami telah memberikan aku sejalur kekuatan mengharungi kehidupan yang aku jalani selama ini. Membuatkan aku yakin, teman bicara saat senang atau susah bukan mudah untuk dicari. Tapi aku rasa aku telah temui mereka dalam pencarian aku selama ini.

Hadirnya mereka telah melenyapkan semua kesedihan dan kegetiran yang aku lalui sebelum ini. Aku bersyukur sangat keHadrat Illahi kerana menghadirkan mereka dalam hidup aku. Sehingga aku lupa apa itu derita saat terbuang dari orang yang aku percayai. Sungguh benar, orang kata "kita harus melepaskan sesuatu yang kita rasakan berharga untuk mendapatkan sesuatu benda yang lebih berharga". Inilah saat yang paling bahagia bila aku tahu, aku tak perlu lagi hidup dalam dunia dan sangkar yang diciptakan oleh orang asing dalam hidup aku selama ini..Kini aku harus bina kehidupan berdasarkan sudut pandangan aku sendiri..Aku mahu bina hidup yang lebih bermakna dan gembira.

Cuma jika ada masa dan kesempatan, aku ingin saja beritahu kepada "dia', aku langsung tak terkilan saat kau pergi. Kerana aku tahu, kebahagiaan itu tetap ada walau tanpa kau disisi.

Masih terngiang-ngiang ditelinga, kata-kata Ustaz Taufiq, "Jodoh tak perlu dicari, kerana jodoh itu sama dengan kematian. Maknanya jodoh itu telah ditentukan..Samalah dengan kematian. Jodoh yang di cari sebenarnya hanya berlandaskan kepada nafsu semata-mata. Kerana apa? kerana kita mahu berteman seperti orang lain. Bila kita nampak orang lain bercinta, kita juga mahukan perkara yang sama. Jodoh jika memang Allah telah tentukan, dia akan datang sendiri." Mungkin kata-kata Ustaz Taufiq memang ada benarnya..

Ustaz bagi contoh lagi, kalau dah bercinta selama 8 tahun pun, kalau bukan jodoh, pasti Allah akan datangkan pelbagai ujian dan halangan kepada kita. Berapa hebat pun kita pertahankan, pasti akan putus juga. Hhuhuhu, 8 tahun tu macam contoh perli kat aku la tu..Apapun aku ambil positif atas setiap kata-kata ustaz. Apa yang penting, kita sebenarnya perlu menerima hakikat dan ketentuan yang telah ditakdirkan buat kita walaupun kita rasakan semua terlalu pahit untuk ditelan..Errrm pahit itu bukankah ubat?. Sepahit apapun ubat itu, kita harus telan kerana kepahitan yang ditelan itu sebenarnya memberikan penawar yang paling mujarab. Jadi, kepada teman-teman terbaik dan teman bicara, terima kasih kerana telah menjadikan hidup aku seindah pelangi setelah mendung berlalu pergi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments(0)
Posted by rahaini_rai82
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Indahnya bersama teman-teman

9:29 pm |


Majlis berbuka puasa bagi staf-staf Instedt telah berlangsung di Hotel Lotus Desaru pada 17/8/2011. Majlis ini merupakan satu majlis wajib yang dirancang oleh pihak pengurusan sebagai menghargai sumbang bakti staf yang telah sedia berkhidmat untuk syarikat.

Malam ini juga merupakan malam yang dinanti-nantikan oleh semua staf.."Bonus oh bonus"..hahah malam majlis berbuka puasa yang diserikan dengan pengumuman bonus dari Big bos kita.

Oh Syukur kerana masih lagi diberikan kesempatan dapat bonus pada tahun ini..yihaaaaaa dapatla aku pergi sabah tahun ni..yahoooo..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments(0)
Posted by rahaini_rai82
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Gunting Dalam Lipatan

10:05 pm |

Apabila kita ditikam dari belakang, apakah yang kita rasakan? Maksudnya, apabila kita ditipu, dikhianati oleh orang-orang yang kita percayai, hormati malah mungkin orang-orang yang kita sayangi, apakah perasaan kita saat kita mengetahui semua itu berlaku dalam kehidupan kita? Sesaat kita fikirkan kenapa semua ini harus berlaku dalam kehidupan kita.

Pastinya kita tidak pernah terfikir semua ini terjadi. Tak pernah sekalipun kita menyangka bahawa kita sedang melalui saat tingkat terburuk dalam kehidupan kita. Tetapi seandainya perkara ini terjadi, jangan takut untuk bangun kembali setelah tersungkur di persada hati. Jangan merasa begitu kecewa dengan takdir yang sedang kita lalui kerana Allah Maha Tahu apa yang tidak pernah kita ketahui. Perkara pahit yang menimpa diri kita walau lukanya sudah sembuh, tapi kesannya pasti berbekas dihati.

Seperti yang pernah aku katakan sebelum ini, hilangnya bahagia bukan disebabkan oleh ujian yang menimpa diri kita, tetapi bagaimana kita mentadbir hati sendiri..hati yang rosak akan menyebabkan kita gagal menerima takdir Illahi. Kegagalan menerima takdir inilah yang menyebabkan timbul rasa kecewa dan tidak puas hati sehingga kita memberontak dan membentak-bentak serta berprasangka buruk dengan ujian Illahi..

sekiranya memang benar perkara ini harus terjadi dalam kehidupan kita, jangan biarkan dia merasa menang dengan membiarkan kita menderita kerananya. Jangan biarkan dia menang setelah memporak-perandakan hidup kita. Berhentilah mengenang dirinya. Berhentilah mengenang segala perbuatannya. Tidak ada gunanya mengenang "gunting dalam lipatan" ini..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments(0)
Posted by rahaini_rai82
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Apa makna bahagia?

10:13 pm |

Apa maknanya bahagia? jika kita beranggapan bahawa ujian dalam kehidupan itu merupakan punca hilangnya bahagia, kita semua termasuk dalam golongan manusia yang pesimis. Kenapa agaknya saya berkata begitu? ini kerana hakikatnya sebuah kehidupan adalah untuk diuji. itu adalah peraturan sebuah kehidupan yang tidak boleh sama sekali dielakkan. Jika kita beranggapan ujian adalah punca hilangnya bahagia, semua manusia di dalam dunia pasti tidak bahagia. Kerana pastinya semua manusia itu pasti diuji.

Jika diibaratkan seperti air limau nipis yang diperahkan ditelapak tangan yang tidak luka, pastinya tidak akan memberikan sebarang kesan. Tetapi jika perahan air limau nipis itu diperahkan ditelapak tangan yang luka, pastinya kepedihan itu pasti sangat terasa.

Tangan yang luka diibaratkan seperti hati yang sakit, manakala air limau nipis itu boleh diibaratkan seperti ujian dalam kehidupan yang menimpa diri kita. Hati yang sakit biasanya dipenuhi dengan sifat amarah, hasat dengki, dendam dan berbagai lagi sifat-sifat mazmumah. Hati yang sakit ini mudah melahirkan rasa kecewa, berputus-asa dan kufur dengan nikmat Allah.

Jadi, ujian itu sebenarnya bukanlah penyebab kepada derita, bukan juga penyebab hilangnya bahagia dalam kehidupan. Bukan juga penyebab kepada penyesalan dalam kehidupan.

Hilangnya harga sebuah kebahagiaan sebenarnya datangnya dari dalam hati kita sendiri. Hati kita harus dibersihkan agar cantik dihati, cantiklah segala diluarnya. Semuanya bermula dari dalam hati, hati yang tenang dan ikhlas menghadapi ujian dan menerima ketentuanNya dengan Redha akan melahirkan kebahagiaan hakiki dalam kehidupan.

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments(0)
Posted by rahaini_rai82
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Team Kemahiran Insaniah

9:39 pm |


Yihaaaaa..program kemahiran insaniah telah dijalankan dengan jayanya pada semester ini..tarikh keramat 7/8/2011 menyaksikan penutupan program kemahiran insaniah yang telah dijalankan sebelum ini pada 16-17/7/2011 dan 6-7/8/2011..

kali ini, team kemahiran insaniah memang best-best belaka semuanya..rasanya aku tak la tersilap dalam memilih semua fasilitator bagi mengendalikan program KI ni..Team AJK Induk juga banyak membantu dalam mengendalikan perjalanan program ini..Terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments(0)
Posted by rahaini_rai82
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Copyright 2010 SEINDAH IMPIAN.All rights reserved. Powered by Blogger
Credits: New Orleans Online, Seattle Visitors, San Jose CA Hotels.