Powered by Blogger.
RSS

Teman bicara


Inilah di antara empat orang teman dan rakan yang selalu bersama aku saat aku senang, susah, sedih dan gembira..Tak kira apapun situasi aku saat itu, mereka sentiasa ada saat aku perlukan.

Gambar ini diambil sewaktu kami bercuti bersama-sama di Melaka. Walau aku telah banyak kali bercerita tentang mereka, tapi aku masih lagi mahu bercerita tentang kami berlima.

Nilai persahabatan kami telah memberikan aku sejalur kekuatan mengharungi kehidupan yang aku jalani selama ini. Membuatkan aku yakin, teman bicara saat senang atau susah bukan mudah untuk dicari. Tapi aku rasa aku telah temui mereka dalam pencarian aku selama ini.

Hadirnya mereka telah melenyapkan semua kesedihan dan kegetiran yang aku lalui sebelum ini. Aku bersyukur sangat keHadrat Illahi kerana menghadirkan mereka dalam hidup aku. Sehingga aku lupa apa itu derita saat terbuang dari orang yang aku percayai. Sungguh benar, orang kata "kita harus melepaskan sesuatu yang kita rasakan berharga untuk mendapatkan sesuatu benda yang lebih berharga". Inilah saat yang paling bahagia bila aku tahu, aku tak perlu lagi hidup dalam dunia dan sangkar yang diciptakan oleh orang asing dalam hidup aku selama ini..Kini aku harus bina kehidupan berdasarkan sudut pandangan aku sendiri..Aku mahu bina hidup yang lebih bermakna dan gembira.

Cuma jika ada masa dan kesempatan, aku ingin saja beritahu kepada "dia', aku langsung tak terkilan saat kau pergi. Kerana aku tahu, kebahagiaan itu tetap ada walau tanpa kau disisi.

Masih terngiang-ngiang ditelinga, kata-kata Ustaz Taufiq, "Jodoh tak perlu dicari, kerana jodoh itu sama dengan kematian. Maknanya jodoh itu telah ditentukan..Samalah dengan kematian. Jodoh yang di cari sebenarnya hanya berlandaskan kepada nafsu semata-mata. Kerana apa? kerana kita mahu berteman seperti orang lain. Bila kita nampak orang lain bercinta, kita juga mahukan perkara yang sama. Jodoh jika memang Allah telah tentukan, dia akan datang sendiri." Mungkin kata-kata Ustaz Taufiq memang ada benarnya..

Ustaz bagi contoh lagi, kalau dah bercinta selama 8 tahun pun, kalau bukan jodoh, pasti Allah akan datangkan pelbagai ujian dan halangan kepada kita. Berapa hebat pun kita pertahankan, pasti akan putus juga. Hhuhuhu, 8 tahun tu macam contoh perli kat aku la tu..Apapun aku ambil positif atas setiap kata-kata ustaz. Apa yang penting, kita sebenarnya perlu menerima hakikat dan ketentuan yang telah ditakdirkan buat kita walaupun kita rasakan semua terlalu pahit untuk ditelan..Errrm pahit itu bukankah ubat?. Sepahit apapun ubat itu, kita harus telan kerana kepahitan yang ditelan itu sebenarnya memberikan penawar yang paling mujarab. Jadi, kepada teman-teman terbaik dan teman bicara, terima kasih kerana telah menjadikan hidup aku seindah pelangi setelah mendung berlalu pergi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: