"Inilah kami, hidup lima sekawan, bersama berjanji, susah senang dirasa. Di bawah sinaran cahaya bulan bintang, menjadi saksi janji kami semua."
Inilah destinasi kami setelah berbolak balik mencari arah destinasi yang paling sesuai untuk dijelajahi untuk menghilangkan penat setelah sebulan bekerja tanpa ada waktu senggang untuk berehat. Sebelum ini kami telah bercuti dan bersantai di Tanjung Leman dan kerap kali bermain bowling bersama-sama. Pada awalnya kami merancang untuk bercamping di buaya sangkut endau rompin. Tetapi kerana faktor masa dan kekangan lain, kami memutuskan untuk meneroka sahaja Negeri Melaka. Walaupun negeri Melaka bukanlah asing bagi kami, tetapi kali ini ada kelainannya. Apa yang menjadi kelainannya adalah percutian kali ini ditemani oleh teman-teman rapat yang memahami, sekepala dan paling penting semuanya happy go lucky dan gila-gila semuanya.
Apabila kami berlima bergabung, huii hura-hara jadinya. Gegak gempita alunan tawa dan suara yang tak terkawal sentiasa menghidupkan suasana kami. Pertelingkahan kecil sentiasa terjadi. kadang-kala tak tahu siapa sedang bercakap dan siapa pula yang sedang mendengarnya. Hahahaha itu semua telah menjadi rutin hidup kami berlima.
Destinasi seterusnya telah dirancang. Selepas ini perancangan kami adalah ke Pulau sibu pada bulan 9, seterusnya ke Pulau Pinang pada bulan 10, Sabah pada bulan 12 dan Bali pada bulan 4 tahun depan. Mungkin tidak semua dari kami dapat melibatkan diri untuk destinasi seterusnya. Tapi, perancangan ini tetap kami teruskan. Walau apapun, yang paling penting disini adalah nilai persahabatan yang cuba kami eratkan..
0 comments:
Post a Comment