Kehidupan yang berkualiti boleh di definisikan dengan pelbagai cara dan kaedah. Antaranya dengan memiliki kebahagiaan, kesenangan hati dan tidak kurang pentingnya elemen kesihatan. Badan yang sihat, cergas dan aktif melahirkan kehidupan yang sempurna. Elemen-elemen ini sebenarnya memberi gambaran sejauh mana kita menghargai dan merasa nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita.
Tidak dapat tidak, untuk mendapatkan kesihatan yang baik, antara faktor yang perlu diambil perhatian ialah bersukan. Dari kaca mata aku, definisi sukan sebenarnya sangat meluas, dalam entry ini, aku hanya ingin memfokuskan kepada senaman, riadah, sukan dan aktiviti santai yang boleh memberi manfaat kepada diri kita.
Aktiviti Sukan dan Senaman:
Bersukan sebenarnya memberikan kita banyak faedah dan manfaat. Sukan merupakan salah satu cara untuk kita mengekalkan kecergasan diri. Selain itu, bersukan juga membolehkan kita menambahkan kemahiran, tambahan pula jenis sukan yang berbeza mempunyai disiplin yang berbeza. Ini merupakan peluang untuk extra skill dan membolehkan kita dilihat sebagai individu yang versatile.

Ok ini lah tempat yang selalu team kami kunjungi hampir setiap hari apabila tamat sahaja waktu bekerja. Selalunya kami mengambil masa antara 1 hingga 2 jam di dalam gym ini. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini.
Bersukan sering dikaitkan dengan meningkatkan kesihatan dan kecergasan. Pepatah Arab ada menyatakan "akal yang sihat datang daripada badan yang sihat". Badan yang sihat adalah pemangkin kepada akal yang cerdas. Apabila akal yang cerdas dilengkapi dengan rohaniah yang utuh, ia menghasilkan manusia yang berketerampilan, bersemangat dan bersedia menghadapi cabaran.

Aktiviti Riadah dan Santai:
Ini pulak aktiviti riadah semasa di tanjung leman. Aktiviti seperti ini memang best sangat dilakukan dengan 'team-jalan-jalan" kami. Ianya merupakan aktiviti santai untuk hilang kebosanan waktu cuti dihujung minggu.
Dan ini pulak adalah aktiviti santai kami di Melaka. Aktiviti "jalan-jalan jelajah negeri orang" seperti ini biasanya kami plan diwaktu cuti semester. Biasanya aktiviti seperti ini hanya dapat dilakukan ketika waktu senggang dan tiada apa yang perlu difikirkan lagi bila semua tugas telah sempurna disiapkan.
Sebenarnya masih banyak lagi aktiviti "kami" yang ingin aku kongsikan bersama. Tetapi seperti biasalah kekangan masa tak memungkinkan aku untuk bercerita terlalu panjang tentang aktiviti yang aku jalani bersama "team" kami.
Jadi, kesimpulannya, sukan dan riadah boleh merangsang perembesan hormon riang "serotonin" yang boleh menjadikan individu berasa gembira dan positif. Selain itu, sukan dan aktiviti riadah yang dijalankan secara berkumpulan juga sebenarnya boleh merapatkan hubungan kekitaan, persahabatan dan meningkatkan nilai kepercayaan sesama rakan.
Tapi bagi aku, perkara yang paling penting sebenarnya adalah pengalaman yang dikutip dari setiap aktiviti yang dijalankan. Pengalaman ini semua sebenarnya akan mengajar kita erti kehidupan. Kehidupan kita sebenarnya sangat berharga. Oleh itu, kita harus mewarnakan kehidupan kita dengan warna-warni yang indah. Seindah pelangi.
0 comments:
Post a Comment