TENTANG BULAN
Bulan dan bintang
Bersinar berkelipan
Dan menerangi
Keindahan malam
Tanpamu bulan
Malam kegelapan
Tanpamu bintang
Hilanglah keindahan
Ini kisah tentang bulan
Bulan bintang jadi kawan
Begitulah persahabatan
Yang cuba kami eratkan
Moga berkekalan selamanya
Begitulah kami hidup lima sekawan
Sesama berjanji susah senang dirasa
Di bawah sinaran cahaya bulan bintang
Menjadi saksi janji kami semua…..
“Saat ini, segalanya telah berakhir..pertemuan dan perhubungan yang telah terbina sekian lamanya musnah begitu sahaja..kau yang memulakan pertemuan, dan kau jua yang mengakhiri segalanya..saat kau ungkapkan akad nikah atas nama wanita lain, saat itu juga aku tahu cinta di hatimu telah mati”.
Topik yang aku nak bincangkan kat sini, “kenapa bila berlakunya putus cinta, wanita begitu terpuruk dan terpukul hatinya?” Apakah perpisahan ini bermakna kehidupannya juga sudah berakhir? Atau kebahagiaan yang selama ini diimpikannya musnah begitu sahaja. Apa sebabnya semua ini berlaku? Apakah kerana wanita itu buta dalam menilai sebuah hubungan?
Bagi aku, nak menjawab semua persoalan diatas sangatlah sukar. Kerana bagi aku, jawapannya sangatlah subjektif. Banyak faktor yang menyebabkan hubungan yang terjalin tak kira baru atau lama boleh putus begitu sahaja walau telah dipertahankan sekian lamanya. Semuanya bermula dari hati. Kalau di dalam hati itu tidak ada keikhlasan, bagaimana mungkin sebuah hubungan itu mampu bertahan.
Tapi, apa kena mengena kisah putus cinta ini dengan lagu diatas? Agak confius gak lar. Kisah putus cinta vs lagu persahabatan.
Bait-bait lirik lagu di atas sebenarnya mengingatkan aku tentang erti dan makna persahabatan. setiap manusia memerlukan teman dalam hidupnya. Tak ada satu manusia pun di dunia ini betah hidup sendiri tanpa teman di sisi. Jadi nak dikaitkan dengan kisah keduanya, “cinta boleh datang dan pergi, tapi sahabat yang setia sentiasa berada disisi” Jadi, hiduplah bergembira bersama sahabat-sahabat yang sentiasa bersama kita tak kira di waktu senang atau susah. Kerana mereka jauh lebih bermakna dari cinta yang telah pergi..
0 comments:
Post a Comment