Dedikasi buat teman sejati..Mengertilah bahawa aku sentiasa ada buatmu..
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba,
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup menghadapinya,
Jangan sesekali kamu katakan tidak menyintainya jika kamu masih belum melupakannya,
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan,
Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya,
Dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan,
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah
Sebelum bertemu dengan orang yang tepat,
Supaya kita mengerti erti kesyukuran..
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,
Tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang yang tidak mempunyai keberanian,
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah, ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu,
Hanya untuk menemukan bahawa akhirnya menjadi tidak bererti bagimu dan harus membiarkannya pergi,
Pada saat itu, tiada guna lagi penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi,
Kisah silam tidak harus diungkit lagi, jika cinta itu disambut oleh para pencinta PALSU.
Kerana apa yang kamu sayangi dan cintai tersimpan keburukan didalamnya.
Dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya,
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah,
Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperolehi..
Semoga bermanfaat buat semua.
Kata mutiara cinta
8:15 pm |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment