Powered by Blogger.
RSS

Diari Buruk

Diari itu telah tamat fungsinya. Tulisannya sudah sampai ke penghujungnya. Namun apa yang nak dikongsikan bersama sebenarnya adalah bagaimana boleh bermulanya catatan diari ini. Blog ini dibina bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa. Tetapi ianya dibina untuk berkongsi cerita, idea, pandangan, pendapat dan perkara-perkara seumpamanya. Perkara yang paling penting pada pandangan penulis, blog ini merupakan salah satu medium perantara untuk menyalurkan maklumat atau perkara-perkara yang dirasakan perlu diluahkan.

Selama meniti alam remaja yang semakin meningkat dewasa, diari merupakan teman rapat penulis. Kerana apa? Kerana di situlah segala kisah bermula. Kenangan manis, pahit getir kehidupan dicoretkan di dalam diari kesayangannya tanpa ada sesiapa pun boleh mencerobohnya.

Diari itu mula berfungsi saat bermulanya sebuah pertemuan yang tak pernah disangkakan. Segala kisah diluahkan di dalamnya tanpa sedikit pun ada yang tertinggal. Pahit manis kehidupan, di situlah diluahkan. Kini, diari yang pernah menjadi kesayangannya sudah mula hilang fungsinya saat berakhirnya sebuah pertemuan. kalau dahulu bicaranya pada diari, kini bicaranya pada hati…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: