Hari ini, jika kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkanlah tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkanlah tentang seseorang yang tidak mempunyai apapun untuk dimakan. Sebelum kaamu mengeluh tidak mempunyai apa-apa, fikirkanlah tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kamu mengeluh bahawa nasib kamu buruk, fikirkanlah tentang seseorang yang berada pada tingkat terburuk di dalam hidupnya. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isterimu, fikirkanlah tentang seseorang yang terus memohon kepada Allah SWT untuk diberikan pedamping hidup. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkanlah tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak pernah berdosa. Dan ketika kamu sedang bersedih dan merasakan hidupmu dalam kesusahan, tersenyum dan bersyukurlah kepada Allah SWT kerana kamu masih hidup dan diberikan kesempatan untuk mencari kebahagiaan yang hilang.
0 comments:
Post a Comment