Pernah hati ini terguris dengan fitnahmu untuk menghiris.Sehingga terasa diri ini hina kerana tiada siapa sudi membela. Ku tabahkan hatiku harungi hidup biarpun tiada siapa yang sudi menemani. Keseorangan aku di laluan sepi, ditinggalkan mereka yang ku percayai.
Namun aku tahu, ada hikmahnya setiap segala yang menimpa diri. Ku serahkan segala padaMu Tuhan yang berkuasa jua menciptakan. Kerana Engkau Maha mengetahui segala apa yang terbuku dihati.
Ya Allah sungguh tidak aku terdaya lagi menahan dugaan yang mencabar ini. Terasa bagai NOKTAH telah aku temui dan mengakhiri segala yang telah ku mulai. Ya Allah Engkau lindungilah aku, bekalkanlah daku dengan limpahan Iman. Agar tabahku menghadapi dugaan, agar tidakku terhenti dipertengahan. Kini, disini aku berdiri, bersama harapan yang tulus suci agar terbitlah kembali mentari pagi setelah malam ku berkaruh benci.
0 comments:
Post a Comment