Powered by Blogger.
RSS

Doa Pengubah Takdir


kali pertama bumi diciptakan, bumi ini bergoyang dan bergoncang. Berputar dengan tidak stabil pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para Malaikat. Lalu Malaikat mengadap Allah SWT.

"Wahai Rab yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang? tanya para Malaikat. Kerana belum dipaku. jawab Allah ringkas. Lalu bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab? Tanya para Malaikat. Aku akan menciptakan gunung-ganang. Jawab Allah".

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Setelah diciptakan gunung-ganang, bumi pun diam berputar sesuai dipaksinya. Maka gunung dikenali sebagai paku bumi.

Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi, kemudian para Malaikat bertanya lagi.

"Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku?. Ada, jawab Allah. Iaitu api, dengan panasnya dapat meleburkan besi. Adakah yang lebih kuat lagi selain api ya Rab? Ada, yakni air yang dapat memadamkan api. Jawab Allah lagi".

"Jadi ya Rab, adakah yang lebih kuat lagi selain air? sambung Malaikat. Ada, iaitu angin, kerana angin bisa membawa air ke mana pun ia menghembus". Jawab Allah lagi.

"Tapi ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air dan angin)? Malaikat bertanya lagi.

"Ada, iaitu nafas hambaKu yang berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu." Demikian Allah SWT telah menjelaskan.

(Dipetik dari Hadis Kudsi)
~Diari sufi, Siti Munazakiah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa itu senjata

Tiga perkara yang telah tertulis dan sudah dijanjikan Allah SWT di lohmahfuz atas semua umat
manusia adalah rezeki, jodoh dan ajal. Perjanjian ini akan terlaksana tanpa sedetik pun lewat apabila tiba masanya. Hanya Doa yang mampu kita pinjam sebagai pena untuk mencoretkan pengakhiran janji Allah ini.

Tiadalah daya kita mempersoalkan apa yang diatur olehNya yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Kita didatangkan sebagai selemah-lemah kejadian dengan seberat-berat tanggungan.

Berdoalah. Kerana doa itu adalah senjata yang kita ada dalam menangani janji dan sumpah Allah SWT. Dia lebih tahu apa yang kita perlu daripada apa yang kita mahu.

Biar separah mana pun luka yang merobek hati kita, biar sedalam mana pun luka yang tertoreh, sentiasalah kekal dengan berdoa kerana Allah SWT Maha memahami hati hambanya. Doa satu keramat yang tidak mampu terjemah dek akal akan kuasanya. Tidak ada sesiapa mampu membajak bajanya, sedangkan hasilnya kita tuai saban waktu.

"Tidak ada daya upaya dan tidak ada tenaga kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar".

Teruskan lah berdoa, kerana doa itu mampu mengubah takdir Allah..Jangan berputus asa kiranya apa yang kita pinta itu belum diberikanNya. Bersabar dan redha atas apa jua yang ditakdirkan buat kita.

Renunglah sejenak, mungkin Allah punya terlalu ramai hamba untuk diuruskan. Dan kita adalah salah satu darinya. Permintaan dan doa kita belum kunjung makbulnya. Jika kita memohon sesuatu dan dikurniakan yang lain dari yang dipinta, percayalah, pasti Allah mengurniakan kita apa yang diminta pada masa yang paling tepat dan sesuai.

Apa yang kita minta tidak semestinya apa yang kita perlu. Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan hambanya. Teruskanlah berdoa tanpa ragu dan mengeluh. Duri hari ini mungkin bunga untuk hari esok. Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepadaNya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Teman bicara


Inilah di antara empat orang teman dan rakan yang selalu bersama aku saat aku senang, susah, sedih dan gembira..Tak kira apapun situasi aku saat itu, mereka sentiasa ada saat aku perlukan.

Gambar ini diambil sewaktu kami bercuti bersama-sama di Melaka. Walau aku telah banyak kali bercerita tentang mereka, tapi aku masih lagi mahu bercerita tentang kami berlima.

Nilai persahabatan kami telah memberikan aku sejalur kekuatan mengharungi kehidupan yang aku jalani selama ini. Membuatkan aku yakin, teman bicara saat senang atau susah bukan mudah untuk dicari. Tapi aku rasa aku telah temui mereka dalam pencarian aku selama ini.

Hadirnya mereka telah melenyapkan semua kesedihan dan kegetiran yang aku lalui sebelum ini. Aku bersyukur sangat keHadrat Illahi kerana menghadirkan mereka dalam hidup aku. Sehingga aku lupa apa itu derita saat terbuang dari orang yang aku percayai. Sungguh benar, orang kata "kita harus melepaskan sesuatu yang kita rasakan berharga untuk mendapatkan sesuatu benda yang lebih berharga". Inilah saat yang paling bahagia bila aku tahu, aku tak perlu lagi hidup dalam dunia dan sangkar yang diciptakan oleh orang asing dalam hidup aku selama ini..Kini aku harus bina kehidupan berdasarkan sudut pandangan aku sendiri..Aku mahu bina hidup yang lebih bermakna dan gembira.

Cuma jika ada masa dan kesempatan, aku ingin saja beritahu kepada "dia', aku langsung tak terkilan saat kau pergi. Kerana aku tahu, kebahagiaan itu tetap ada walau tanpa kau disisi.

Masih terngiang-ngiang ditelinga, kata-kata Ustaz Taufiq, "Jodoh tak perlu dicari, kerana jodoh itu sama dengan kematian. Maknanya jodoh itu telah ditentukan..Samalah dengan kematian. Jodoh yang di cari sebenarnya hanya berlandaskan kepada nafsu semata-mata. Kerana apa? kerana kita mahu berteman seperti orang lain. Bila kita nampak orang lain bercinta, kita juga mahukan perkara yang sama. Jodoh jika memang Allah telah tentukan, dia akan datang sendiri." Mungkin kata-kata Ustaz Taufiq memang ada benarnya..

Ustaz bagi contoh lagi, kalau dah bercinta selama 8 tahun pun, kalau bukan jodoh, pasti Allah akan datangkan pelbagai ujian dan halangan kepada kita. Berapa hebat pun kita pertahankan, pasti akan putus juga. Hhuhuhu, 8 tahun tu macam contoh perli kat aku la tu..Apapun aku ambil positif atas setiap kata-kata ustaz. Apa yang penting, kita sebenarnya perlu menerima hakikat dan ketentuan yang telah ditakdirkan buat kita walaupun kita rasakan semua terlalu pahit untuk ditelan..Errrm pahit itu bukankah ubat?. Sepahit apapun ubat itu, kita harus telan kerana kepahitan yang ditelan itu sebenarnya memberikan penawar yang paling mujarab. Jadi, kepada teman-teman terbaik dan teman bicara, terima kasih kerana telah menjadikan hidup aku seindah pelangi setelah mendung berlalu pergi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Indahnya bersama teman-teman


Majlis berbuka puasa bagi staf-staf Instedt telah berlangsung di Hotel Lotus Desaru pada 17/8/2011. Majlis ini merupakan satu majlis wajib yang dirancang oleh pihak pengurusan sebagai menghargai sumbang bakti staf yang telah sedia berkhidmat untuk syarikat.

Malam ini juga merupakan malam yang dinanti-nantikan oleh semua staf.."Bonus oh bonus"..hahah malam majlis berbuka puasa yang diserikan dengan pengumuman bonus dari Big bos kita.

Oh Syukur kerana masih lagi diberikan kesempatan dapat bonus pada tahun ini..yihaaaaaa dapatla aku pergi sabah tahun ni..yahoooo..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gunting Dalam Lipatan

Apabila kita ditikam dari belakang, apakah yang kita rasakan? Maksudnya, apabila kita ditipu, dikhianati oleh orang-orang yang kita percayai, hormati malah mungkin orang-orang yang kita sayangi, apakah perasaan kita saat kita mengetahui semua itu berlaku dalam kehidupan kita? Sesaat kita fikirkan kenapa semua ini harus berlaku dalam kehidupan kita.

Pastinya kita tidak pernah terfikir semua ini terjadi. Tak pernah sekalipun kita menyangka bahawa kita sedang melalui saat tingkat terburuk dalam kehidupan kita. Tetapi seandainya perkara ini terjadi, jangan takut untuk bangun kembali setelah tersungkur di persada hati. Jangan merasa begitu kecewa dengan takdir yang sedang kita lalui kerana Allah Maha Tahu apa yang tidak pernah kita ketahui. Perkara pahit yang menimpa diri kita walau lukanya sudah sembuh, tapi kesannya pasti berbekas dihati.

Seperti yang pernah aku katakan sebelum ini, hilangnya bahagia bukan disebabkan oleh ujian yang menimpa diri kita, tetapi bagaimana kita mentadbir hati sendiri..hati yang rosak akan menyebabkan kita gagal menerima takdir Illahi. Kegagalan menerima takdir inilah yang menyebabkan timbul rasa kecewa dan tidak puas hati sehingga kita memberontak dan membentak-bentak serta berprasangka buruk dengan ujian Illahi..

sekiranya memang benar perkara ini harus terjadi dalam kehidupan kita, jangan biarkan dia merasa menang dengan membiarkan kita menderita kerananya. Jangan biarkan dia menang setelah memporak-perandakan hidup kita. Berhentilah mengenang dirinya. Berhentilah mengenang segala perbuatannya. Tidak ada gunanya mengenang "gunting dalam lipatan" ini..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa makna bahagia?

Apa maknanya bahagia? jika kita beranggapan bahawa ujian dalam kehidupan itu merupakan punca hilangnya bahagia, kita semua termasuk dalam golongan manusia yang pesimis. Kenapa agaknya saya berkata begitu? ini kerana hakikatnya sebuah kehidupan adalah untuk diuji. itu adalah peraturan sebuah kehidupan yang tidak boleh sama sekali dielakkan. Jika kita beranggapan ujian adalah punca hilangnya bahagia, semua manusia di dalam dunia pasti tidak bahagia. Kerana pastinya semua manusia itu pasti diuji.

Jika diibaratkan seperti air limau nipis yang diperahkan ditelapak tangan yang tidak luka, pastinya tidak akan memberikan sebarang kesan. Tetapi jika perahan air limau nipis itu diperahkan ditelapak tangan yang luka, pastinya kepedihan itu pasti sangat terasa.

Tangan yang luka diibaratkan seperti hati yang sakit, manakala air limau nipis itu boleh diibaratkan seperti ujian dalam kehidupan yang menimpa diri kita. Hati yang sakit biasanya dipenuhi dengan sifat amarah, hasat dengki, dendam dan berbagai lagi sifat-sifat mazmumah. Hati yang sakit ini mudah melahirkan rasa kecewa, berputus-asa dan kufur dengan nikmat Allah.

Jadi, ujian itu sebenarnya bukanlah penyebab kepada derita, bukan juga penyebab hilangnya bahagia dalam kehidupan. Bukan juga penyebab kepada penyesalan dalam kehidupan.

Hilangnya harga sebuah kebahagiaan sebenarnya datangnya dari dalam hati kita sendiri. Hati kita harus dibersihkan agar cantik dihati, cantiklah segala diluarnya. Semuanya bermula dari dalam hati, hati yang tenang dan ikhlas menghadapi ujian dan menerima ketentuanNya dengan Redha akan melahirkan kebahagiaan hakiki dalam kehidupan.

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Team Kemahiran Insaniah


Yihaaaaa..program kemahiran insaniah telah dijalankan dengan jayanya pada semester ini..tarikh keramat 7/8/2011 menyaksikan penutupan program kemahiran insaniah yang telah dijalankan sebelum ini pada 16-17/7/2011 dan 6-7/8/2011..

kali ini, team kemahiran insaniah memang best-best belaka semuanya..rasanya aku tak la tersilap dalam memilih semua fasilitator bagi mengendalikan program KI ni..Team AJK Induk juga banyak membantu dalam mengendalikan perjalanan program ini..Terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DESTINASI KAMI


"Inilah kami, hidup lima sekawan, bersama berjanji, susah senang dirasa. Di bawah sinaran cahaya bulan bintang, menjadi saksi janji kami semua."

Inilah destinasi kami setelah berbolak balik mencari arah destinasi yang paling sesuai untuk dijelajahi untuk menghilangkan penat setelah sebulan bekerja tanpa ada waktu senggang untuk berehat. Sebelum ini kami telah bercuti dan bersantai di Tanjung Leman dan kerap kali bermain bowling bersama-sama. Pada awalnya kami merancang untuk bercamping di buaya sangkut endau rompin. Tetapi kerana faktor masa dan kekangan lain, kami memutuskan untuk meneroka sahaja Negeri Melaka. Walaupun negeri Melaka bukanlah asing bagi kami, tetapi kali ini ada kelainannya. Apa yang menjadi kelainannya adalah percutian kali ini ditemani oleh teman-teman rapat yang memahami, sekepala dan paling penting semuanya happy go lucky dan gila-gila semuanya.

Apabila kami berlima bergabung, huii hura-hara jadinya. Gegak gempita alunan tawa dan suara yang tak terkawal sentiasa menghidupkan suasana kami. Pertelingkahan kecil sentiasa terjadi. kadang-kala tak tahu siapa sedang bercakap dan siapa pula yang sedang mendengarnya. Hahahaha itu semua telah menjadi rutin hidup kami berlima.

Destinasi seterusnya telah dirancang. Selepas ini perancangan kami adalah ke Pulau sibu pada bulan 9, seterusnya ke Pulau Pinang pada bulan 10, Sabah pada bulan 12 dan Bali pada bulan 4 tahun depan. Mungkin tidak semua dari kami dapat melibatkan diri untuk destinasi seterusnya. Tapi, perancangan ini tetap kami teruskan. Walau apapun, yang paling penting disini adalah nilai persahabatan yang cuba kami eratkan..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terlena Dalam Sedar

Kata Imam Ghazali,

“Tempat yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan yang kita naiki, kita tetap tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.”

Menjalani kehidupan yang tidak tahu hujung pangkalnya membuatkan kita berkelahi dengan masa dan berebut dengan waktu seolah-olah tempoh yang diberikan tidak pernah cukup. Walhal kita sendiri sebenarnya kalu tanpa sebab menjadikan kita masyarakat yang tumbang tak jatuh ke tanah, terbang tak tinggi ke awan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seindah Lukisan Hati

SEINDAH LUKISAN HATI

Setiap manusia mempunyai jalan cerita hidup masing-masing. Allah SWT menciptakan kejadian alam dengan pelbagai kesan dan natijah yang berbeza-beza. Begitu juga dengan hidup sebagai seorang wanita yang sentiasa diselubungi seribu satu persoalan dan kesangsian. Sifat halus dan teliti seorang wanita mungkin menjadi factor mengapa wanita terlalu berprasangka dan berfikir hingga kadang-kala otak menjadi tepu dan tidak mampu lagi memproses buah fikiran yang waras.

Kita sebagai wanita harus mampu dan bijak dalam mentafsir apa itu kemahuan dan apa itu keperluan hidup. Jurang perbezaan antara dua perkara ini terlalu sedikit, menuntut kita agar lebih kritikal dalam memahami kehendak hati.

Selagi kita memijak kaki di bumiNya, kita harus tunduk dan akur atas segala yang bergantungan dengan RedhaNya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS