skip to main | skip to sidebar

SEINDAH IMPIAN

Powered by Blogger.
RSS

“It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”

  • About Me

    My photo
    rahaini_rai82
    Kesihatan bermula dari dalam diri anda. Mari jaga kesihatan diri dan menjana pendapatan4,5 hingga 6 angka bersama produk-produk terbaik Shaklee.
    View my complete profile

    Followers

    Archives

    • ► 2013 (6)
      • ► November (1)
      • ► September (2)
      • ► May (1)
      • ► January (2)
    • ► 2012 (1)
      • ► March (1)
    • ▼ 2011 (26)
      • ▼ October (5)
        • DESTINASI KAMI PART 4 -Tanjung Penyabong & Pulau L...
        • Kelebihan atau Keturunan?
        • Usah Prejudis Terhadap Wanita
        • Sukan, Riadah dan Aktiviti Santai Dalam Kehidupan
        • Bangkitlah Para Muslimah Semua
      • ► September (3)
      • ► August (10)
      • ► June (8)

DESTINASI KAMI PART 4 -Tanjung Penyabong & Pulau Lanun & Pengalaman Ngeri

7:19 pm |

Tanjung Penyabong dan Pulau Lanun Endau Mersing merupakan destinasi kami kali ini. Aktiviti ini telah disertai oleh pelajar-pelajar dari Persatuan Persis seramai 14 orang dengan diiringi oleh 4 orang penasihat kelab iaitu aku sendiri, Suhana, Sri Arjuna dan Aisyah Maulan.

Ketibaan kami di Pulau Penyabung disambut dengan cuaca dan suasana alam yang agak suram ketika itu. Hujan lebat, guruh dan petir ketika itu telah membataskan pergerakan program kami. Kami perlu menunggu hujan beransur reda untuk meneruskan hasrat kami menjelajah ke Pulau Lanun. Kira-kira jam 3.30 petang, cuaca bertambah baik. Hujan mula berhenti. Kami mula bergerak ke Pulau Lanun dengan meredah anak tanjung. Di pertengahan jalan, hujan mula turun semula. Kami tetap meneruskan perjalanan. Pemandangan persekitaran di kawasan Tanjung Penyabong sangat indah ketika itu. Bukit dan pulau di sekitar kawasan tersebut diselaputi oleh kabus tebal.

Kami perlu mendaki dan melepasi bukit ini terlebih dahulu kerana Pulau Lanun terletak betul-betul dibelakang bukit ini. Sebelum itu, kami perlu meredah anak tanjung dengan kedalaman kira-kira paras pinggang orang dewasa (ketika air surut).

Sesudah melepasi anak tanjung, kami harus mendaki bukit atau dengan kata lain perlu ‘jungle tracking’ didalam kawasan semak belukar.

Inilah persekitaran dan keindahan Pulau Lanun yang sempat kami rakamkan. Sesudah puas menikmati keindahan dan kesejukan air di Pulau Lanun, kami bergegas pulang semula le Sari Mawar Chalet kerana ditakuti air laut mula pasang.

Kerana terlalu leka dan kagum dengan keindahan Pulau Lanun ini, aku dan Suhana sibuk mengabadikan memori dan pandangan indah ini dengan mengambil gambar sepuas-puasnya sehingga terpisah jauh dengan pelajar-pelajar dan rakan-rakan yang lain. Kelekaan kami ini rupa-rupanya membawa padah kepada kami berdua. Ketika leka mengabadikan kenangan indah dalam lensa kamera, air mula pasang dengan derasnya. Aku dan Suhana langsung tidak menyedari rakan-rakan dan pelajar kami sedang bertarung dengan arus deras yang menghayutkan mereka ke laut dalam. Masing-masing bertaut tangan agar tiada sesiapa di antara mereka terpisah yang mungkin boleh membawa mereka lebih jauh ke kawasan yang lebih dalam.

Aku hanya sedar situasi tegang sedang berlaku di hadapan aku apabila mendengar jeritan salah seorang pelajar yang meminta kami berdua bergegas meninggalkan kawasan tersebut. Tanpa membuang masa, kami mula mencecahkan kaki ke anak tanjung yang menghubungkan antara dua buah pulau. Debaran dan degupan jantung bertambah kencang apabila kami berdua terperangkap dengan arus deras di tengah-tengah anak tanjung. Air pasang terlalu cepat dan semakin dalam.

Asakan arus deras ini cuba menghanyutkan kami berdua. Segelintir pelajar-pelajar lelaki mula menjerit dan meminta agar kami berpatah semula kebelakang ke tempat di mana kami bermula berdua bermula. Kami cuba mengagahkan diri untuk melawan arus deras untuk berpatah semula ke daratan yang menghubungkan anak tanjung ini. Tetapi usaha ini gagal kerana kami berdua terperangkap di tengah-tengah pusaran arus deras.

Keadaan bertukar cemas apabila air laut semakin dalam sehingga mencecah paras dagu. Kaki dijinjitkan untuk terus kukuh bertahan ditengah-tengah lautan. Aku mula merasakan pernafasan mula sempit apabila berada dalam keadaan cemas dan tegang ketika itu. Kaki mula sejuk dan kejang. Bagaimanapun kami harus bertahan ketika itu demi mempertahankan nyawa. Untuk berpatah balik ke anak tanjung yang belum dinaiki air, kami sudah pun berada di separuh jalan. Untuk terus mara ke depan, lautan tempat di mana kami berada sudah agak dalam. Buntu dengan situasi tegang dan cemas, kami hanya berdiam kaku di tengah-tengah lautan sambil menanti kehadiran pelajar-pelajar lelaki menyelamatkan kami.

Apa yang ada dalam pemikiran kami ketika itu hanyalah bayang-bayang kematian. Terlintas di fikiran 'mungkin inilah percutian dan program kami yang terakhir' andainya kami gagal melepasi pusaran air yang semakin deras. Situasi tegang dan mencemaskan ketika itu tak ubah seperti "nyawa di hujung tanduk".

Melihatkan kami berdua sudah berada di situasi yang mencemaskan, 4 orang pelajar lelaki yang berada di seberang anak tanjung segera berenang untuk menyelamatkan kami. Kehadiran 4 orang pelajar ini mampu membuat kami menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya peluang untuk kami selamat masih ada berbanding cuma kami berdua sahaja ketika itu. Aku memegang erat sebelah tangan suhana sambil sebelah tangan lagi memaut lengan pelajar. Syukur kami masih di berikan kesempatan untuk melepasi anak tanjung seterusnya masih lagi berpeluang hidup di bumi Allah ini.

Ini merupakan pengalaman ngeri yang tak akan kami lupakan sampai mati. Sungguh benar pengalaman itu memang tak boleh dibeli di mana-mana. Pengalaman itu hanya akan kita perolehi dan rasai apabila kita melaluinya sendiri.

Oke cukuplah dengan pengalaman ngeri tadi..Sekarang kita tengok antara aktiviti yang dijalankan sepanjang dua hari yang sempat dirakamkan:

Aktiviti senaman pagi

Aktiviti menyediakan sarapan sandwich paling kreatif

Aktiviti bola bowling pantai

Aktiviti BBQ

Semoga segala pengalaman ini boleh dijadikan iktibar sepanjang hidup.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments(0)
Posted by rahaini_rai82
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kelebihan atau Keturunan?

8:33 pm |

“Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah".

Syukur Alhamdulillah aku masih diberikan kesempatan dan kesihatan yang baik. Kesempatan masa dan kesihatan yang baik ini dapatlah aku gunakan dengan sebaiknya untuk update status blog yang sering aku abaikan lantaran kesibukan dan kekangan masa.

Berbalik kepada tajuk entry aku hari ni, "Kelebihan atau Keturunan". Aku sering tertanya-tanya pada diri aku sendiri. Apa yang aku miliki sekarang sebenarnya merupakan satu kelebihan yang telah dianugerahkan oleh Allah yang sememangnya patut aku Syukuri atau pun hadirnya kelebihan ini lantaran kerana mewarisi kebolehan yang ada dalam keturunan?

Mak aku kata, dalam keluarga kita, "Tangan kau sorang je yang power. Tangan orang lain tak macam tangan kau. Tangan kau ada apa yang orang lain tak ada. Dalam adik beradik kau, kau sorang je yang berkebolehan."

Ha mesti cuak kan. Apa yang tangan aku ada, apa yang power nyer, apa yang lain nyer. aku tengok, tangan aku sama je dengan tangan adik-beradik aku yang lain, semuanya lebar-lebar macam "bapak gajah'.hahah.

Well, sebenarnya aku pun dah lama perasan pasal tangan aku ni. Memang dalam keluarga, aku sorang jek yang berkebolehan dalam 'mengurut' orang. Maksud aku urut untuk tujuan kesihatan. Entah sejak bila ianya bermula aku pun tak tau. Apa yang aku ingat, masa tu mak aku sakit dan tak boleh bangun dalam masa seminggu. Melepek je atas katil. Maklumlah dah meningkat usia, mula lah sakit-sakit, sengal badan, dan macam-macam lah penyakit orang tua mula menyerang.

Tergerak pulak hati aku nak urutkan mak. Aku rasa, aku cuma baca Ayat Kursi dan Al-Fatihah je. Alhamdulillah dengan berkat Izin Allah, mak aku yang dah seminggu tak boleh bangun, mula menunjukkan tanda-tanda positif sembuh. Sejak tu mak selalu la jugak mintak aku urutkan dia. Dan bermula sejak hari tu jugak, mula lah abang-abang, kakak, kak ipar aku pun tumpang sekaki sama. Mintak urutkan kakilah, urutkan badan belakanglah, urat dah bersimpullah dan macam-macamlah. Yang peliknya bila aku urut, baik pulak tu. Aku rasa, aku patut bersyukur kan atas kelebihan yang ada ni. Mewarisi kelebihan keturunan aku rasa bagus asalkan tidak mewarisi "SAKA" keturunan sudahlah.

Bercerita tentang saka, pastinya diminda kita semua terbayangkan wajah-wajah hodoh yang menggerunkan. Saka merupakan belaan yang diwariskan secara turun-temurun sama ada dengan kehendak waris atau tidak. Aku pun tak tau apa jadahnya bela-membela saka ni.

Bercerita tentang wajah-wajah hodoh yang menggerunkan, pastinya apabila kita terpandang atau tertengok walau sekali imbas sekali pun, pastinya kita akan merasakan wujudnya perasaan takut, seram dan gerun dengan kemunculan mahluk halus sebegini. Boleh jadi kita akan pengsan, menggeletar kaki, terkunci mulut dan peti suara macam dah tak mampu berfungsi lagi.

Dan ini satu lagi kelebihan yang aku nak cerita kat entry ni. Tapi aku rasa ni lah kelebihan yang tak berapa aku suka. Entah kenapa aku sejak kecil sehingga kini kadang-kala dinampakkan dengan kemunculan benda sebegini. Memang sangat tak best bila kita dengan "terpaksanya" nampak kemunculan mahluk-mahluk aneh seumpama ini. Herm, biarpun aku tak suka dengan semua ni, tapi aku tetap rasa ni semua adalah kelebihan yang Allah nak berikan pada aku.Hahaha korang semua ada?..Apa pun, aku rasa aku memang patut Syukuri semua kelebihan mahupun kekurangan yang ada. Seram pun seramlah..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments(0)
Posted by rahaini_rai82
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Usah Prejudis Terhadap Wanita

10:47 am |

Pepatah Melayu ada mengatakan "Wanita apabila disunting dari tangkainya, maka layulah dia buat selamanya.' Dari sudut pandangan aku sendiri, pepatah ini sangat prejudis terhadap kaum wanita. Sejak zaman jahiliah lagi wanita telah dianggap sebagai pembawa 'sial' kepada keluarga yang memiliki anak perempuan. Ketakutan mempunyai anak perempuan tak ubah seperti datangnya bencana yang amat besar dalam kehidupan keluarga tersebut.

Kehidupan anak perempuan akan dicemuh, difitnah malah dibenci sejak kelahirannya di hari pertama lagi. Mereka tidak diberi peluang dan kesempatan untuk hidup didunia ini. Pada zaman jahiliah, anak perempuan akan ditanam hidup-hidup dengan harapan supaya tidak membawa malu yang besar kepada keluarga apabila anak ini membesar nanti.

Darjat wanita pada zaman tersebut tak ubah seperti di bawah "telapak" kaki lelaki. Mereka dengan 'gah' nya menentukan hidup mati dan masa depan seorang bernama wanita. Manusia bernama lelaki yang hidup pada zaman ini terlupa bahawa merekalah punca kerosakan kepada kaum wanita. Wanita tak ubah seperti baju yang boleh ditukar ganti. Juga tak ubah seperti barang dagangan yang boleh bertukar tangan silih berganti.

Apabila Baginda Rasulullah memerintah, darjat wanita telah diangkat tinggi dan dimuliakan. Apabila datang seorang hamba Allah yang bertanyakan kepada Rasulullah, siapakah yang patut dia dahulukan di dunia ini, Rasulullah dengan yakin dan tegasnya menjawab tiga kali berturut-turut. Apa yang Rasulullah sebutkan aku rasa semua orang pun tahu. Dialah wanita bergelar IBU.

Biarpun zaman jahiliah telah berabad berlalu, pandangan prejudis terhadap kaum wanita masih berbaki sehingga kini. Pandangan masyarakat selalu mengatakan bahawa wanita itu dilahirkan sebagai kaum yang lemah, kaum yang suka menangis apabila ditimpa dengan pelbagai masalah, kaum yang tidak boleh tidak mengharapkan hadirnya lelaki sebagi peneman hidup. Apabila seorang wanita itu telah lanjut usianya, tetapi masih belum lagi mempunyai pasangan hidup, sekali lagi tohmahan ini dijatuhkan ke atas bahu wanita. Apa kata masyarakat tentang wanita ini:
1) Terlalu memilih
2) Tak pandai bergaul
3) Tu la sapa suruh pasang banyak sangat
4) Materialistik sangat sampai orang takut nak dekat
5) Mintak hantaran tinggi. Sapa nak?
6) Huii keje lebih tinggi dari lelaki. Takut la nak dekat
7) Queen control, patutla tak berlaki
8) Anak dara tua. da expired (ni la pandangan paling bangang yang pernah aku dengar)

Tapi masyarakat tak pernah faham isi hati wanita yang mengalami situasi sebegini. Apa pula kata wanita:
1) Bukan kami terlalu memilih. Sebaliknya kamilah yang tidak dipilih (sedih tul ayat ni)
2) Bukan kami tak pandai bergaul. Sebaliknya kami membataskan pergaulan kami agar tidak melampau batas sehingga boleh merosakkan diri kami.
3) Kami bukan kaum yang suka menduakan. Jadi tolonglah jangan hukum kami dengan tanggapan sebegini
4) Kami tak pernah memandang harta dan kebendaan. Kami hanya inginkan sedikit kebahagiaan. Jadi janganlah cop mohor kami sampai sebegini.
5) Hantaran kami bukankah sekadar kemampuan kamu sebagai lelaki
6) Jawatan kami lebih tinggi bukan bermakna kami tak tahu menghormati dan memuliakan kamu sebagai suami
7) Queen control tak pernah wujud dalam diari hidup kami. Sebaliknya kamulah lelaki yang gagal mendidik kami
8) Anak dara tua? Janganlah hukum kami dengan kejian sebegini. kami juga manusia yang ada hati dan naluri.

Renungilah kata-kata dibawah. Hargailah manusia yang bernama wanita. Kerana mereka tercipta dengan penuh keunikan:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita manusia kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana
AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments(1)
Posted by rahaini_rai82
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sukan, Riadah dan Aktiviti Santai Dalam Kehidupan

8:44 pm |

Kehidupan yang berkualiti boleh di definisikan dengan pelbagai cara dan kaedah. Antaranya dengan memiliki kebahagiaan, kesenangan hati dan tidak kurang pentingnya elemen kesihatan. Badan yang sihat, cergas dan aktif melahirkan kehidupan yang sempurna. Elemen-elemen ini sebenarnya memberi gambaran sejauh mana kita menghargai dan merasa nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita.

Tidak dapat tidak, untuk mendapatkan kesihatan yang baik, antara faktor yang perlu diambil perhatian ialah bersukan. Dari kaca mata aku, definisi sukan sebenarnya sangat meluas, dalam entry ini, aku hanya ingin memfokuskan kepada senaman, riadah, sukan dan aktiviti santai yang boleh memberi manfaat kepada diri kita.

Aktiviti Sukan dan Senaman:

Bersukan sebenarnya memberikan kita banyak faedah dan manfaat. Sukan merupakan salah satu cara untuk kita mengekalkan kecergasan diri. Selain itu, bersukan juga membolehkan kita menambahkan kemahiran, tambahan pula jenis sukan yang berbeza mempunyai disiplin yang berbeza. Ini merupakan peluang untuk extra skill dan membolehkan kita dilihat sebagai individu yang versatile.



Ok ini lah tempat yang selalu team kami kunjungi hampir setiap hari apabila tamat sahaja waktu bekerja. Selalunya kami mengambil masa antara 1 hingga 2 jam di dalam gym ini. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini.

Bersukan sering dikaitkan dengan meningkatkan kesihatan dan kecergasan. Pepatah Arab ada menyatakan "akal yang sihat datang daripada badan yang sihat". Badan yang sihat adalah pemangkin kepada akal yang cerdas. Apabila akal yang cerdas dilengkapi dengan rohaniah yang utuh, ia menghasilkan manusia yang berketerampilan, bersemangat dan bersedia menghadapi cabaran.

Ini pulak adalah aktiviti bermain bola jaring. Aktiviti ini memerlukan ketangkasan yang tinggi dalam mengejar dan mengawal pergerakan bola dengan baik. Walaupun aku tak lah pandai sangat bermain sukan ini, tapi taram ajelah. Yang penting, semangat kesukanan yang tinggi dan semangat berpasukan perlu ada dalam diri setiap pemain.

Ini adalah aktiviti kami semasa bermain sukan bowling. Aktiviti ini dapat menghilangkan tekanan atau "stress" selepas bekerja. Bagi aku, aktiviti ini memerlukan tahap fokus dan daya tumpuan yang tinggi. Lebih seronok lagi jika aktiviti ini dilakukan ketika kita sedang mengalami tahap tekanan yang tinggi. Apa taknya, jika kita marahkan seseorang atau dengan kata lain tengah "bengang" dengan seseorang, kita bayangkan pin ball itu adalah orang yang kita benci atau tidak suka. Jadi dengan sepenuh tenaga kita akan melontarkan bola bowling untuk jatuhkan kesemua pin ball. Kepuasan akan kita rasai bila kita dapat "Strike".

Haa..ini adalah aktiviti snorkeling yang baru sahaja kami semua lakukan bersama-sama. Ini merupakan kali pertama aku ber "snorkeling". Walaupun memang dah terang lagi bersuluh yang aku ni memang tak pandai berenang, tapi aku cuba jugalah memandangkan aku da ter joint aktiviti ni. Pada mulanya aku rasa sangat takut sebab aku ni mudah gelabah bila terjun dalam air. Tak kiralah air laut ke, air kat kolam taman tema ke ataupun air terjun. Biasanya aku ni mudah lemas bila kepala tenggelam dalam air. Tapi alhamdulillah, dengan aktiviti ni, buat kali pertamanya aku berani belajar berenang dengan dorongan dan semangat rakan-rakan yang lain.

Aktiviti Riadah dan Santai:

Ini pulak aktiviti riadah semasa di tanjung leman. Aktiviti seperti ini memang best sangat dilakukan dengan 'team-jalan-jalan" kami. Ianya merupakan aktiviti santai untuk hilang kebosanan waktu cuti dihujung minggu.

Dan ini pulak adalah aktiviti santai kami di Melaka. Aktiviti "jalan-jalan jelajah negeri orang" seperti ini biasanya kami plan diwaktu cuti semester. Biasanya aktiviti seperti ini hanya dapat dilakukan ketika waktu senggang dan tiada apa yang perlu difikirkan lagi bila semua tugas telah sempurna disiapkan.

Sebenarnya masih banyak lagi aktiviti "kami" yang ingin aku kongsikan bersama. Tetapi seperti biasalah kekangan masa tak memungkinkan aku untuk bercerita terlalu panjang tentang aktiviti yang aku jalani bersama "team" kami.

Jadi, kesimpulannya, sukan dan riadah boleh merangsang perembesan hormon riang "serotonin" yang boleh menjadikan individu berasa gembira dan positif. Selain itu, sukan dan aktiviti riadah yang dijalankan secara berkumpulan juga sebenarnya boleh merapatkan hubungan kekitaan, persahabatan dan meningkatkan nilai kepercayaan sesama rakan.

Tapi bagi aku, perkara yang paling penting sebenarnya adalah pengalaman yang dikutip dari setiap aktiviti yang dijalankan. Pengalaman ini semua sebenarnya akan mengajar kita erti kehidupan. Kehidupan kita sebenarnya sangat berharga. Oleh itu, kita harus mewarnakan kehidupan kita dengan warna-warni yang indah. Seindah pelangi.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments(0)
Posted by rahaini_rai82
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Bangkitlah Para Muslimah Semua

12:17 pm |

..... (¯`v´¯)♥
KETIKA HATI MUSLIMAH ITU TERLUKA
....¸.•´
...(-
☻/
.../
▌
/ \
❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤
Ketika hati seorang muslimah terluka, ia akan menghapus air matanya dengan imannya..
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya
Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-harinya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesedarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang melukainya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang disekelilingnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku2 hidupnya.

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar..

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH
Tabahkanlah HATIMU duhai disaat dirimu TERLUKA.. Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERAH TERINDAH dariNYA kerana DIA ingin sentiasa dekat denganmu.


Entah puisi entah sajak yang telah aku ciplak entah dari mana..Sebenarnya aku nak bercerita tentang hati wanita..bercerita tentang wanita, mengingati tentang wanita sebenarnya sangat complicated. Hasil pemantauan aku sejak beberapa bulan kebelakangan ini, aku dapati banyak wanita yang mengalami sindrom "stress" bila mengalami kegagalan baik dalam kehidupan, rumahtangga dan juga percintaan. Mereka yang mengalami situasi ini biasanya hidup dalam kegelisahan, kemurungan, sakit hati, resah tak menentu dan paling tak best sekali membawa bersama dendam amarah dalam hatinya.

Faktor-faktor kepada semua situasi di atas adalah refleks atau tindak balas yang terjadi akibat dari lintasi hati dan daya pemikiran yang tak selari dengan tindakan. Apabila seorang wanita itu menghadapi "kekalahan" dalam hidupnya, "daya pemikiran mengatakan tak per la mungkin ini yang terbaik buat aku. Memang sudah ditakdirkan begitu atau begini". Lintasi pemikiran mengatakan aku mampu teruskan perjalanan hidup walau tanpa kau disisi". Kata-kata itu mungkin tercetus dari rasa sakit hati. Terlontar lantaran ingin membuktikan "biarpun tanpa dia, aku masih mampu berdiri sendiri." Biarpun dah berbakul-bakul kata-kata semangat atau motivasi dititipkan buat diri sendiri, tapi mengapa masih lagi rasa terbeban dalam hati. Masih lagi tak mampu menghadapi ujian sebegini.

Siapa yang tak pernah rasa sakit hati, tak pernah rasa dikhianati, tak pernah rasa diambil peduli, tak pernah rasa dihargai bila ditinggalkan saat diri sendiri tak tahu apa kesilapan yang telah dia lakukan. Bagaimana mungkin mampu dia sebagai wanita memaafkan seseorang yang telah memberikan warna-warna kelam dalam kehidupannya tanpa mampu dia mempertahankan hak dan kebenarannya. Bagaimana seorang wanita itu mampu melupakan kesakitan yang ditinggalkan terhadap dirinya bila dia tidak pernah diberikan sebarang kesempatan untuk mengetahui hakikat sebenar terhadap dirinya. Semua faktor ini sebenarnya mampu melemahkan batiniah seorang wanita.

Bagaimana mahu memberi harapan semula kepada wanita yang mungkin merasakan hidupnya telah musnah? Pokok pangkalnya datang dari hati. Bila menghadapi ujian segetir ini, wanita haruslah tabah dan yakin diri bahawa apa yang dilalui itu merupakan ujian dari Allah. Acap kali aku mendengar orang mengatakan bahawa ujian didatangkan bersama dengan kemampuan kita untuk melaluinya. Tapi berapa ramai wanita yang faham akan maksud dan kata-kata tersebut. Berapa ramai pula yang mahu menerima takdir getir ini dalam hidupnya? Tak ramai bukan.

Nasihat kepada semua wanita diluar sana, tanpa meminggirkan nasihat kepada diri sendiri,

"Biarlah didunia menerima sedikit kedukaan, tetapi yakinlah di atas kesabaran ini Allah akan mengurniakan seribu kegembiraan. Di sinilah perlunya wanita berfikiran secara waras dalam melaksanakan tindak tanduk mereka apabila berhadapan dengan masalah. Pesanan aku buat akhirnya, terimalah takdir hidup ini dengan redha. Yakinlah bahawa dengan sedikit kesedihan ini Allah ingin mengurniakan lebih banyak kebaikkan. Mungkin kita semua tidak nampak dengan mata, tetapi mata hati mampu membuka tabir ini sekiranya hati terus disuburkan dengan iman.

Putus cinta atau perceraian bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!

Jadilah diri kita sendiri, sayangi diri itu dengan membina satu keyakinan bahawa Allah Maha Adil, dengan mengurniakan bakat dan kemampuan untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berbekalkan segala kelebihan yang kita miliki. Jangan rosakkan seluruh kehidupan hanya merasa tidak dihargai oleh kekasih atau suami. Hidup terlalu singkat dan sangat berharga untuk ‘dikorbankan’ hanya oleh prasangka dan curiga. Malah jika benar sekalipun kita dipinggirkan oleh mereka, ingatlah mereka bukan segala-galanya.




Ya ALLAH..jika dia ditakdirkn menjadi milikku..dan jika dia pergi dariku..
izinkan aku mampu menahan diriku..

saat diri pilu..jiwa terpukul dan terluka..ku yakin itu adalah ujian dr_MU..redhakanlah Ya ALLAH jiwa nie atas segala keputusan_MU.. dan ajarkan aku tentang kelapangan dada..

Ya ALLAH..jika dia ditakdirkn menjadi milikku..dan jika dia pergi dariku..
izinkan aku mampu menahan diriku..

saat diri pilu..jiwa terpukul dan terluka..ku yakin itu adalah ujian dr_MU..redhakanlah Ya ALLAH jiwa nie atas segala keputusan_MU..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments(0)
Posted by rahaini_rai82
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Copyright 2010 SEINDAH IMPIAN.All rights reserved. Powered by Blogger
Credits: New Orleans Online, Seattle Visitors, San Jose CA Hotels.