Powered by Blogger.
RSS

Derita si Ibu


Ibuku seorang balu..telah kehilangan suami sejak hampir 8 tahun lalu..di hatinya penuh parut luka..jiwanya pernah menderita..mudah hatinya tersentuh di saat usia emasnya..Saat terdengar luahan hati si ibu pagi tadi, hati aku terdetik rasa pilu..tersentuh hati bila melihat air mata terbit dari hujung matanya..luahannya..kata-katanya..menerbitkan rasa sayu dihati..

Mak seorang ibu berhati waja..cekal hatinya menempuh cabaran hidup dihadapannya..namun, selari dengan peningkatan usianya, hati tuanya mudah tersentuh..saat melihat kerenah si anak yang kadangkala tidak memperdulikannya..tidak menegur sapa si ibu tua..tidak memperlihatkan tingkah laku selayaknya si anak kepada si ibu tua..hati tuanya meruntun sayu..tangisan hati tuanya tidak ada siapa yang tahu..

Melihat kerenah si cucu yang tidak beradab sopan ketika berbicara dengannya..menambah rasa sayu dihati..puas dinasihati..puas dileteri..tetap degil dengan perangainya..bukannya tidak diberi pelajaran agama..bukannya tidak diajar mengenal TuhanNya..tetap angkuh mendabik dada seolah-olah hidup tidak perlu berTuhan..”Nyai ni sibuk jek..bukan dosa Nyai pun..dosa abang”..bagus jawapan si cucu..satu hari nanti aku pasti kau akan menyesal dengan kata-kata kau ni..bila nanti kau mempunyai warismu sendiri, dan waris generasimu akan menjawab dengan jawapan yang sama..sedih bila kau mengaku kau beragama islam..tapi lupa siapa TuhanMu..sedih..sangat sedih..

Walaupun aku sudah agak terlambat nak ke tempat kerja, tapi aku masih lagi mendengar rintihan hatinya..sekurang-kurangnya beban hatinya akan berkurang bila ada yang mendengar ‘jiwanya’..hampir mengalir air mata bila saat si ibu tua berkata “kalau kau tak ada, apa jadi pada aku agaknya..mati sorang-sorang agaknya”..”aku doa kau duduk la sini..jangan pergi mana-mana..nanti tak ada orang jaga aku”..nanti bila aku dah tak ada, kau nak pindah, pindahlah”..terasa mahu mengalir air mata..

Aku sudah berumahtangga..sudah mempunyai kewajipan utama kepada suami.. walaupun aku rasa turut berdosa kerana gagal menjalankan kewajipan dengan sempurna selayaknya aku seorang isteri Alhamdulillah, atas izin dan redha suami, aku masih lagi di sini mak..bersamamu..menjagamu...aku masih mengenangkan pengorbananmu..setitik air susumu yang aku teguk sewaktu kecil dulu, tak akan mampu aku balas walau dengan apa pun..aku Cuma ingin melihat kau gembira..bahagia..sihat sejahtera di usia emasmu..

Kaulah ibuku..dunia akhirat ku..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

apa tu GLA COMPLEX???



Jom ramai-ramai mencuba kebaikan GLA COMPLEX dari Shaklee

 

Saya sering terdengar kebaikan GLA COMPLEX Shaklee dari kawan-kawan yang telah pun mengambil supplement ini..Tapi saya jarang beri perhatian dengan apa yang kawan-kawan cakap tentang kebaikan GLA Complex ni sebab sibuk dengan kerja-kerja meyiapkan markah student..tangan saya terhenti seketika apabila mendengar ada rakan yang telah pun hamil sejak berusaha mengamalkan GLA COMPLEX…Nampaknya saya pun kene ambil tahu tentang GLA COMPLEX Shaklee ni sebab GLA COMPLEX ni berupaya memperbaiki hormone dalam badan kita

 

Jom sama-sama ambil tahu tentang kebaikan GLA COMPLEX.

 

1.       Mengawal selia estrogen dan testosterone – mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki symptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

2.       Melambatkan menopaus – memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi

3.       Memperbaiki prostatomegaly – GLA memperbaiki maslah prostat lelaki dan masalah kerap kencing

4.       Menentang kanser – GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan system imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

5.       Memperbaiki inflamasi kulit – ianya mengurangkan inflamasi kulit, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisme, artrities

6.       Menghalang komplikasi diabetes – merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.

 

 

 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengalaman setelah pengambilan ALFAFA COMPLEX


Pengalaman setelah 3 bulan mengambil ALFAFA COMPLEX:

Alhamdulillah, setelah diperkenalkan dengan kebaikan Alfafa Complex, saya telah mengambil makanan tambahan ini untuk diri sendiri dan untuk mak saya yang sekarang ini berumur 67 tahun..sejak pengambilan Alfafa Complex 3 bulan lalu, kesihatan mak semakin baik..Dulu, mak kerap mengalami kelesuan dan kerap demam akibat keletihan..Dalam sebulan pasti dua atau tiga kali mak akan demam.. kerap juga lah saya hantar mak ke klinik yang berdekatan..Sekarang masalah demam semakin berkurangan..Malah tidak lagi demam sejak 3 bulan lalu..

Perkara yang paling menggembirakan sekali adalah apabila doctor telah menghentikan pengambilan ubat untuk mengawal kolesterol..Doktor telah mengesahkan mak saya tidak lagi perlu mengambil ubat pengawalan kolesterol kerana paras kolesterol berada pada tingkat yang baik..Alhamdulillah, Alfafa Complex benar-benar membantu mak saya menurunkan tahap kolesterolnya pada tahap yang baik..

Jom kita tengok apa lagi kebaikan Alfafa Complex ni:

1.       Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

 

2.       Melawan alahan – memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitive, kurap, bau badan dan ulat air.

 

3.       Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut- memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastric, hepatitis dan sembelit

 

4.       Menyingkirkan lemak dan kolesterol-penggunaan jangka panjang akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol , mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.

 

5.       Melawan tumor-memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor

 

6.       Melegakan keletihan-melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

program pengenalan kepada perakaunan

28/5/2013 (selasa)..sekitar jam 9.00-11.30 pagi, satu program pengenalan kepada perakaunan telah dijalankan dengan pelajar-pelajar dari kursus diploma perakaunan, pengurusan perniagaan dan perbankan islam.

Pada awalnya, kami berempat iaitu aku, suhana, suraya dan rozimah tidak tahu apakah pengisian program yang sepatutnya kami jalankan untuk mengisi masa yang telah ditetapkan. Aku dan suraya bersetuju untuk membuat kelainan aktiviti pada semester ini. Jika semester sebelumnya kami mengisi slot aktiviti dengan video motivasi dan sedikit aktiviti berunsur games, tetapi kali ini agak santai. So mari kita tengok kesibukan yang menyebabkan aku tak sempat berfikir untuk slot kali ini..

1) 20-21/5/2013, aku telah diarahkan untuk ke Shah Alam untuk program diskusi bersama pihak MQA untuk perbincangan hala tuju subjek perakaunan.
2) 22/5/2013, aku cuti emergency kerana menjaga Nafis kerana ketika itu ibunya sakit.
3) 23/5/2013, masuk office..hahah tgk2 atas meja ada memo komunikasi..Nampaknya ada la keje baru untuk aku tu..huhu.."Anda telah dilantik sebagai AJK penginapan untuk sukan Masiswa 2013..wah!!! satu tugas yang agak besar gak tu..
4) 24/5/2013, Cuti wesak..so cuti je la kan??
5) 25/5/2013, hari Sabtu, biasalah!! hari sabtu tak de la keje sangat yang aku ank buat..Hari sabtu bagi aku adalah masa untuk bermalas-malas. So, kalau keje pon, memang tak productive la aku..hehe
6) 27/5/2013, menghadiri meeting untuk sukan Masiswa untuk mengetahui perkembangan lanjut dan terkini program
7) 28/5/2013, aktiviti pengenalan kepada perakaunan dijalankan..

Kalau tengok dari rentetan tarikh di atas, aku tak punya masa yang banyak untuk berfikir apakah slot pengisian program pada hari ini, jadi sebab itulah aku dan suraya bersetuju untuk buat slot ini dijalankan secara santai sahaja..

Aku hany menyediakan 13 slide sahaja.. Aku kira masa untuk menerangkan 13 slide itu hanya akan mengambil masa 45 minit sahaja..Sedangkan masa yang diperuntukkan untuk slot ini 3 jam..

Fikir punya fikir, apa lagi slot yang perlu diisi..Fikir dan terus fikir..Akhirnya buntu..So, pagi tu redah je la walaupun waktu tu tiada apa lagi yang dapat difikirkan untuk memenuhi slot program..

Masuk je BK 9, secara bertubi-tubi idea datang..Jadi banyaklah aktiviti dapat dijalankan dengan lancar..Program bermula dengan sesi perkenalan, lukisan menggambarkan diri mereka, tayangan video keinsafan dan diakhiri dengan tayangan rakaman gelagat pelajar yang terlibat semsa membayangkan diri mereka adalah ketua okestra yang hebat.. program ini akhirnya berjalan dengan lancar dalam suasana yang gamat dengan gelak ketawa pelajar-pelajar.. aku kira aktiviti ini berjaya..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salah lending

Sabtu ahad 5-6 jan adalah hari yang sangat memenatkan..Apa tak nya, dari pagi sampai ke malam sibuk menguruskan persiapan perkawinan..dari memasak waktu pagi, petang sibuk ke kota mencari barang, malam sibuk menghias bilik..Nak kawen la katakan..semuanya selesai pukul 1.30 pagi..Huhhuhu mujurlah dibantu oleh encik bakal suami..Aku dok hulur barang2 dari bawah bawah, encik suami yang sibuk menyiapkan hiasan bilik di bahagian atas..
 
Dah penat2 malam tu pasang tabir, esoknya kak idah bising sebab aku pasang tabir tak bergosok..malam esoknya 6 jan, kak idah sorang-sorang dalam bilik cabut balik tabir yang aku pasang..Dia kemaskan lagi apa yang patut..Aku kat luar siapkan reben untuk bunga..
 
Tiba-tiba aku terdengar bunyi kipas terkene benda keras..aku pon buat tak tau je la..tu mesti kipas terkene tangga yang kak idah panjat tu..Tapi aku pelik sebab tak dengar lagi bunyi stepler kak idah..Bilik tu yang mula-mula berketak ketuk bunyi stepler tiba-tiba je sunyi sepi..Hati aku dah berdebar..Alamak kak idah terkena kipas ker?..Semalam pon Encik bakal suami hampir-hampir terkene kipas..Tapi ntah macam mana, mungkin disebabkan memang dah takdir, atau benda nak jadi, tangan kak idah terkena kipas yang sedang ligat berpusing..
 
Aku jengah ke bilik..aku tengok kak idah dah terduduk kat lantai tengah menangis..Aduhhh kesian kak idah..Disebabkan nak tolong siapkan bilik aku, tangan dia jadi mangsa..dah tercedera..Banyak betul jasa kak idah pada aku..Tak dapat nak balas semua jasa-jasa kak idah..
 
Nampaknya malam ni aku pulak la terpaksa panjat tangga tu untuk terus siapkan bilik yang dah macam sarang pembuangan sampah sarap tu..bersepah-sepah dengan pelbagai barangan perkahwinan yang tak sempat nak dikemaskan..
 
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku lama

Telah agak lama aku berhenti untuk mencoret di ruangan ini..Pada asalnya blog ni dibuka tujuannya adalah untuk menghapus saki baki kesedihan lewat setahun yang lalu..kadang kala apa yang kita rasakan tak semuanya dapat kita kongsikan dengan rakan-rakan, tak dapat juga kita kongsikan dengan keluarga..Kerana apa yang aku faham tentang diri aku, aku lebih suka memilih untuk menyimpan sahaja apa yang aku rasa sehingga semua pulih sendiri..
 
Selama lebih 8 tahun aku menyimpan impian..tapi sayang tahun ke-9 itulah aku menyedari apa yang aku pertahankan selama ini tak mungkin mampu aku genggami..Menghadapi detik suka duka yang penuh dengan kesabaran..Biarpun kesabaran itu tak mampu berbayar..
 
Tapi sesungguhnya Allah itu maha Adil..Biarpun diberikan ujian yang aku rasakan besar selama bertahun-tahun, namun Kelukaan bertahun itu Allah sembuhkan dengan mudah..
 
Saat masih lagi bersama dengan dia, aku menyedari bahawa derita itu telah wujud lama..tapi kononnya aku seorang yang setia, maka aku relakan diri menahan kepedihan itu terlalu lama..biarpun telah merasakan diri dibohongi, aku masih lagi percaya..Huhuhu kadang-kala perasaan itu buta kepada derita..itulah kebodohan yang aku pertahankan..
 
Alhamdulillah..Allah Maha Besar..Dia dengan Zatnya telah menyembuhkan hati yang terluka bertahun lamanya dengan mudah..Dia datangkan kepada aku rakan-rakan yang sentiasa menghulurkan tangan ketika aku lagi terjatuh..
 
Dan sekarang dia kembalikan kehidupan aku dengan hadirnya bakal suami yang akan menerajui kehidupan aku tidak lama lagi..Biarpun pada asalnya aku mengaku bahawa tiada perasaan apa pun saat aku ditunangkan..Namun Allah menunjukkan Kekuasaannya dimana aku menyenangi kehadiran bakal suami dalam hidup aku..
 
Aku mula belajar menerima bakal suami dari setiap sudut biarpun pada awalnya aku dapat melihat begitu banyak kelemahan dan kekurangan dirinya..Bercerminkan diri sendiri, aku juga dapat melihat kekurangan dan kelemahan diri sendiri..Bahkan mungkin aku sendiri lebih banyak keburukan atau kelemahan berbanding bakal suami..Kata orang, jodoh merupakan cerminan diri sendiri.. kalau jodoh kita kekurangan maknanya kita pun turut sama ada kekurangan..so apa yang patut aku perbuat sekarang adalah mengimbangi kekurangan itu dan cuba untuk belajar memperbaiki diri demi kehidupan berkeluarga yang bakal aku tempuhi kelak..
 
Bismillah..Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku menutup seluruh diari kehidupan lalu..menjadikannya sebagai pengajaran, menerima semuanya sebagai takdir dan membuka lembaran baru kehidupan..Berkatilah kehidupan ini..Amin Ya Allah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS