Ibuku seorang balu..telah
kehilangan suami sejak hampir 8 tahun lalu..di hatinya penuh parut luka..jiwanya
pernah menderita..mudah hatinya tersentuh di saat usia emasnya..Saat terdengar
luahan hati si ibu pagi tadi, hati aku terdetik rasa pilu..tersentuh hati bila
melihat air mata terbit dari hujung
matanya..luahannya..kata-katanya..menerbitkan rasa sayu dihati..
Mak seorang ibu berhati waja..cekal
hatinya menempuh cabaran hidup dihadapannya..namun, selari dengan peningkatan
usianya, hati tuanya mudah tersentuh..saat melihat kerenah si anak yang
kadangkala tidak memperdulikannya..tidak menegur sapa si ibu tua..tidak
memperlihatkan tingkah laku selayaknya si anak kepada si ibu tua..hati tuanya
meruntun sayu..tangisan hati tuanya tidak ada siapa yang tahu..
Melihat kerenah si cucu yang
tidak beradab sopan ketika berbicara dengannya..menambah rasa sayu dihati..puas
dinasihati..puas dileteri..tetap degil dengan perangainya..bukannya tidak
diberi pelajaran agama..bukannya tidak diajar mengenal TuhanNya..tetap angkuh
mendabik dada seolah-olah hidup tidak perlu berTuhan..”Nyai ni sibuk jek..bukan
dosa Nyai pun..dosa abang”..bagus jawapan si cucu..satu hari nanti aku pasti
kau akan menyesal dengan kata-kata kau ni..bila nanti kau mempunyai warismu
sendiri, dan waris generasimu akan menjawab dengan jawapan yang sama..sedih
bila kau mengaku kau beragama islam..tapi lupa siapa TuhanMu..sedih..sangat
sedih..
Walaupun aku sudah agak terlambat
nak ke tempat kerja, tapi aku masih lagi mendengar rintihan hatinya..sekurang-kurangnya
beban hatinya akan berkurang bila ada yang mendengar ‘jiwanya’..hampir mengalir
air mata bila saat si ibu tua berkata “kalau kau tak ada, apa jadi pada aku
agaknya..mati sorang-sorang agaknya”..”aku doa kau duduk la sini..jangan pergi
mana-mana..nanti tak ada orang jaga aku”..nanti bila aku dah tak ada, kau nak
pindah, pindahlah”..terasa mahu mengalir air mata..
Aku sudah berumahtangga..sudah mempunyai
kewajipan utama kepada suami.. walaupun aku rasa turut berdosa kerana gagal
menjalankan kewajipan dengan sempurna selayaknya aku seorang isteri Alhamdulillah,
atas izin dan redha suami, aku masih lagi di sini mak..bersamamu..menjagamu...aku
masih mengenangkan pengorbananmu..setitik air susumu yang aku teguk sewaktu
kecil dulu, tak akan mampu aku balas walau dengan apa pun..aku Cuma ingin
melihat kau gembira..bahagia..sihat sejahtera di usia emasmu..
Kaulah ibuku..dunia akhirat ku..
0 comments:
Post a Comment