Powered by Blogger.
RSS

Salah lending

Sabtu ahad 5-6 jan adalah hari yang sangat memenatkan..Apa tak nya, dari pagi sampai ke malam sibuk menguruskan persiapan perkawinan..dari memasak waktu pagi, petang sibuk ke kota mencari barang, malam sibuk menghias bilik..Nak kawen la katakan..semuanya selesai pukul 1.30 pagi..Huhhuhu mujurlah dibantu oleh encik bakal suami..Aku dok hulur barang2 dari bawah bawah, encik suami yang sibuk menyiapkan hiasan bilik di bahagian atas..
 
Dah penat2 malam tu pasang tabir, esoknya kak idah bising sebab aku pasang tabir tak bergosok..malam esoknya 6 jan, kak idah sorang-sorang dalam bilik cabut balik tabir yang aku pasang..Dia kemaskan lagi apa yang patut..Aku kat luar siapkan reben untuk bunga..
 
Tiba-tiba aku terdengar bunyi kipas terkene benda keras..aku pon buat tak tau je la..tu mesti kipas terkene tangga yang kak idah panjat tu..Tapi aku pelik sebab tak dengar lagi bunyi stepler kak idah..Bilik tu yang mula-mula berketak ketuk bunyi stepler tiba-tiba je sunyi sepi..Hati aku dah berdebar..Alamak kak idah terkena kipas ker?..Semalam pon Encik bakal suami hampir-hampir terkene kipas..Tapi ntah macam mana, mungkin disebabkan memang dah takdir, atau benda nak jadi, tangan kak idah terkena kipas yang sedang ligat berpusing..
 
Aku jengah ke bilik..aku tengok kak idah dah terduduk kat lantai tengah menangis..Aduhhh kesian kak idah..Disebabkan nak tolong siapkan bilik aku, tangan dia jadi mangsa..dah tercedera..Banyak betul jasa kak idah pada aku..Tak dapat nak balas semua jasa-jasa kak idah..
 
Nampaknya malam ni aku pulak la terpaksa panjat tangga tu untuk terus siapkan bilik yang dah macam sarang pembuangan sampah sarap tu..bersepah-sepah dengan pelbagai barangan perkahwinan yang tak sempat nak dikemaskan..
 
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku lama

Telah agak lama aku berhenti untuk mencoret di ruangan ini..Pada asalnya blog ni dibuka tujuannya adalah untuk menghapus saki baki kesedihan lewat setahun yang lalu..kadang kala apa yang kita rasakan tak semuanya dapat kita kongsikan dengan rakan-rakan, tak dapat juga kita kongsikan dengan keluarga..Kerana apa yang aku faham tentang diri aku, aku lebih suka memilih untuk menyimpan sahaja apa yang aku rasa sehingga semua pulih sendiri..
 
Selama lebih 8 tahun aku menyimpan impian..tapi sayang tahun ke-9 itulah aku menyedari apa yang aku pertahankan selama ini tak mungkin mampu aku genggami..Menghadapi detik suka duka yang penuh dengan kesabaran..Biarpun kesabaran itu tak mampu berbayar..
 
Tapi sesungguhnya Allah itu maha Adil..Biarpun diberikan ujian yang aku rasakan besar selama bertahun-tahun, namun Kelukaan bertahun itu Allah sembuhkan dengan mudah..
 
Saat masih lagi bersama dengan dia, aku menyedari bahawa derita itu telah wujud lama..tapi kononnya aku seorang yang setia, maka aku relakan diri menahan kepedihan itu terlalu lama..biarpun telah merasakan diri dibohongi, aku masih lagi percaya..Huhuhu kadang-kala perasaan itu buta kepada derita..itulah kebodohan yang aku pertahankan..
 
Alhamdulillah..Allah Maha Besar..Dia dengan Zatnya telah menyembuhkan hati yang terluka bertahun lamanya dengan mudah..Dia datangkan kepada aku rakan-rakan yang sentiasa menghulurkan tangan ketika aku lagi terjatuh..
 
Dan sekarang dia kembalikan kehidupan aku dengan hadirnya bakal suami yang akan menerajui kehidupan aku tidak lama lagi..Biarpun pada asalnya aku mengaku bahawa tiada perasaan apa pun saat aku ditunangkan..Namun Allah menunjukkan Kekuasaannya dimana aku menyenangi kehadiran bakal suami dalam hidup aku..
 
Aku mula belajar menerima bakal suami dari setiap sudut biarpun pada awalnya aku dapat melihat begitu banyak kelemahan dan kekurangan dirinya..Bercerminkan diri sendiri, aku juga dapat melihat kekurangan dan kelemahan diri sendiri..Bahkan mungkin aku sendiri lebih banyak keburukan atau kelemahan berbanding bakal suami..Kata orang, jodoh merupakan cerminan diri sendiri.. kalau jodoh kita kekurangan maknanya kita pun turut sama ada kekurangan..so apa yang patut aku perbuat sekarang adalah mengimbangi kekurangan itu dan cuba untuk belajar memperbaiki diri demi kehidupan berkeluarga yang bakal aku tempuhi kelak..
 
Bismillah..Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku menutup seluruh diari kehidupan lalu..menjadikannya sebagai pengajaran, menerima semuanya sebagai takdir dan membuka lembaran baru kehidupan..Berkatilah kehidupan ini..Amin Ya Allah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS